suria

Selepas ditegur tak pakai ‘glove’ buat kuih, Uqasha Senrose muncul di live IG siap bertudung dan ‘face mask’ - “Bagusnya... tak ada nak meroyan”

Uqasha mula titikberatkan soal kebersihan selepas ditegur seorang pengikut.

PERKONGSIAN video pelakon Uqasha Senrose menunjukkan cara penyediaan makanan ringan jualannya iaitu choco jar mengundang pelbagai reaksi daripada peminat di laman Instagram.

Selain kagum melihat kesungguhan Uqasha menjalankan perniagaan bersama kekasihnya iaitu Kamal Adli, ada juga pengikut yang menegur mengenai aspek pengendalian makanan tersebut yang dilihat tidak mengikut cara yang betul.

Individu berkenaan menegur tentang kebersihan dan proses pembuatan serta penyediaan yang dikatakan tidak praktikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata sampai terkeluar, Uqasha Senrose muat naik semula foto tanpa ‘filter’ - “Saya hanya enhanced warna lens supaya tidak kusam!”

"Based on video tu... kenapa tak pakai gloves (sarung tangan)? Pegang rambut lepas tu pegang telefon... lagi satu kenapa tak tuang terus dalam bekas saja?

"Kenapa kena daripada senduk ke jug tu? Lepas itu baru ke bekas... tak ke lambat?" tegur seorang pengikut.

Uqasha ambil komen pengikut sebagai teguran.

Menyedari teguran yang ditulis individu berkenaan, Uqasha menjawab semula komen tersebut.

"Banyaknya komen awak ya hahaha. Saya buat ke awak yang buat?” balas Uqasha.

Banyaknya komen awak ya hahaha. Saya buat ke awak yang buat?

UQASHA SENROSE

PELAKON

Komen Uqasha itu menerima pelbagai reaksi pengikut dan rata-rata menegur semula individu berkenaan kerana dilihat tidak beradab dan kurang sopan ketika menulis pandangan di media sosial.

"Saya nak tanya sis perlu ke nak menegur macam ni, menegur ada caranya... adakah menegur untuk membetulkan atau menjatuhkan atau untuk memalukan. Boleh je sis DM, air muka orang pun kena jaga.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pakai jug sebab takut comot, nanti jadi dua kerja pula. Memang jenis suka cari salah orang sahaja ke? Mamak jual roti canai ada bulu tangan tak pula suruh pakai glove masa tebar roti tu," antara komen pengikut.

Uqasha bersama kekasihnya, Kamal Adli.

Sehari selepas ditegur netizen itu, Uqasha muncul di live IG dengan mengikuti panduan pengendalian makanan yang betul apabila mengenakan pelitup muka dan memakai sarung tangan pada Rabu.

"Bagusnya Uqasha... semalam ada terbaca pengikut tegur, hari ini terus cover rambut pakai glove. Serius tak sangka, bagusnya awak!

"Baguslah Uqasha, semalam ramai orang tegur hari ini terus pakai glove semua... tak ada nak marah-marah, meroyan!" puji peminat.

Difahamkan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menjalankan perniagaan homemade choco jar jenama Sweet & Coco sejak beberapa minggu lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain