suria

Azza Elite diserang anxiety, menangis teresak-esak minta ‘lockdown’ - “Ya Allah saya takut... risau mak dan anak di kampung”

Azza Elite menangis kenangkan ibu dan anak di kampung.

PENYANYI dan pelakon Azza Elite tidak dapat menyembunyikan kesedihannya sehingga mengalirkan air mata selepas berita jangkitan wabak Covid-19 kini semakin membimbangkan.

Azza atau nama sebenarnya, Nor Azzarima Zawari, 43, meluahkan kerisauannya dengan situasi genting yang dihadapi negara sekarang dan menyarankan agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau 'total lockdown' segera bagi mengekang penularan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Azza Elite geram didesak beri sumbangan, nasihatkan individu minta bantuan cari kerja! - “Saya juga berhempas pulas berniaga”

"Hari ini adalah hari yang menakutkan... dada berdebar bila baca di media sosial.

"Saya minta maaflah sebab saya anxiety (kerisauan melampau) sangat teruk. Ya Allah saya memang sangat takut... risau mak dengan anak di kampung, kami terpisah.

Azza mengharapkan kerajaan melaksanakan arahan lockdown.

"Tolonglah kerajaan bagilah lockdown... anda nak berapa ramai lagi rakyat kita yang mati?" luahnya.

Menurut Azza lagi, selagi arahan lockdown tidak dilaksanakan, segelintir rakyat Malaysia akan terus bekerja dalam keadaan penuh berisiko.

"Selagi kerajaan tak (laksanakan) lockdown, kami ada yang kena pergi kerja... tolonglah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau kerajaan lockdown sekurang-kurangnya kami duduk rumah, tak jumpa orang dalam dua atau tiga minggu.

"Saya bersuara untuk semua yang mohon untuk lockdown," katanya.

Selagi kerajaan tak (laksanakan) lockdown, kami ada yang kena pergi kerja... tolonglah.

AZZA ELITE

PENYANYI, PELAKON

Menurut ahli kumpulan Elite ini lagi, dia dan kebanyakan rakyat sanggup mengikat perut serta berkurung di rumah untuk tempoh dua hingga tiga minggu bagi melihat penurunan kes selain bagi mengurangkan beban berat yang terpaksa digalas petugas barisan hadapan.

"Kami orang bawahan ini jaga semua dah SOP, kami sanggup ikat perut untuk kurangkan kes.

"Tolonglah kesian pada frontliners... mereka pun ada keluarga," katanya.

Anak angkat Azza dijaga ibunya di kampung.

Untuk info, Azza mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugara, Azlan Zulaily pada 2012.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat, Muhammad Adam, 2, yang kini dijaga oleh ibu Azza di kampung.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak