suria

Halangan rentas daerah dan negeri tiada masalah buat Afieq Shazwan... semua ahli keluarga tinggal satu rumah

Afieq seronok dapat beraya bersama seluruh ahli keluarganya.

BERUNTUNG penyanyi Afieq Shazwan yang tidak perlu berasa sedih kerana berpeluang menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, seperti tahun sebelum ini dia akan beraya bersama keluarga kecil dan besar di rumah mereka yang terletak di Klang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat larang kahwin awal, ada pula yang tak senang Afieq Shazwan rapat dengan Wani Kayrie

Penyanyi berusia 24 tahun itu mendapat kelebihan itu disebabkan dia sememangnya menetap di rumah yang sama dengan seluruh ahli keluarganya.



Afieq hanya berada di KL sepanjang hari raya.

"Tahun ini, saya akan beraya di rumah ibu bersama nenek. Tapi ikutkan seperti biasa, saya memang menyambut hari raya bersama keluarga kecil dan besar saya.

"Semua adik-beradik dah berkahwin dan kami semua tinggal di rumah yang sama. Jadi, walaupun PKP dilaksanakan kami tetap dapat berkumpul satu keluarga sebab memang dah duduk sekali.

"Memang tetap meriah cuma berbeza juga dengan tahun sebelum ini. Kalau sebelum ini, meriah lagi sebab dapat berjalan-jalan ke rumah saudara-mara," kata Afieq kepada mStar.

Macam tahun ini, raya kelima saya dah mula masuk set penggambaran.

AFIEQ SHAZWAN

PENYANYI & PELAKON

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Di Telefon ini meluahkan rasa kerinduan untuk melakukan aktiviti ziarah raya dan menghadiri rumah terbuka terutama di kediaman penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.



Afieq rindu nak pergi rumah terbuka.

Manakala berbicara mengenai duit raya pula, Afieq memberitahu dia mengambil langkah mudah dengan meggunakan 'online transfer' sahaja seperti yang dilakukan pada tahun lalu.

"Bila bercakap fasal raya ini, apa yang paling saya rindukan adalah rumah terbuka. Tapi seperti biasa, selepas beberapa hari raya saya akan mula bekerja. Macam tahun ini, raya kelima saya dah mula masuk set penggambaran.

"Berbeza dengan tahun sebelum ini, saya dapat pergi rumah terbuka bersama keluarga. Selalunya kami akan pergi rumah TokTi sebab keluarga saya baik dengan keluarganya.

"Kalau bercerita mengenai duit raya pula, sejak tahun lalu saya sudah menggunakan cara yang mudah iaitu transfer sahaja duit kepada anak-anak buah saya. Alhamdulillah, tahun ini ada rezeki lebih boleh kongsi dengan mereka," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain