suria

Hafiz Hamidun mohon maaf tersilap cakap tentang penyakit bipolar Janna Nick... tawar diri untuk belajar

MINDAKAMI anggap Hafiz tidak sesuai memberi nasihat mengenai isu bipolar.

PENYANYI Hafiz Hamidun memohon maaf jika pandangannya mengenai isu masalah kesihatan mental yang dihidapi aktres Janna Nick dianggap salah hingga menimbulkan salah faham.

Ujar Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, pendapat yang diberikan lebih terarah kepada sudut kerohanian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tendency selebriti nak jadi bipolar ni memang tinggi” - Hafiz Hamidun simpati dengan Janna Nick, minta kembali kepada agama

Bagaimanapun penyanyi berusia 37 tahun ini memberitahu dia bersedia untuk memperlajari lebih mendalam mengenai penyakit itu dan menawarkan diri untuk menyertai program melibatkan isu tersebut.

MINDAKAMI tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan Hafiz.

"Maaf jika ada kesilapan daripada pandangan saya tentang isu penyakit bipolar. Saya bersedia untuk belajar lebih banyak lagi. Ketika saya ditanya mengenai isu itu, saya tidak diberi penerangan.

"Tak ada orang di sana untuk memeriksa jawapan saya. Bagaimanapun, nasihat saya lebih kepada peningkatan daripada segi kerohanian sahaja.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jemputlah saya dalam mana-mana program atau seminar anda yang akan datang, supaya saya dapat memainkan peranan saya untuk menyedarkan orang ramai mengenai isu ini," ujarnya.

Maaf jika ada kesilapan dari pandangan saya tentang isu penyakit bipolar.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI

Sebelum ini, menerusi temubual bersama mStar Hafiz berkata golongan selebriti mempunyai kecenderungan untuk menghidapi penyakit bipolar seperti yang dialami Janna.

Bagaimanapun pengendali akaun Twitter MINDAKAMI yang banyak membincangkan mengenai masalah kesihatan mental berpendapat penyanyi lagu Zikir Terapi Diri itu tidak sesuai untuk memberi nasihat kepada Janna.

Malah, pihak mereka juga menganggap Hafiz tidak begitu memahami isu penyakit bipolar yang dihadapi Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner.

"Berdasarkan video, memang betul ia berkaitan bipolar disorder. mStar bertanya jika Hafiz Hamidun ada nasihat untuk Janna Nick yang disahkan mengidap bipolar.

"Dia berkata memang dalam industri kreatif cenderung berubah-ubah mood. Ingatlah, bipolar disorder bukan sama dengan mood swing. Hafiz juga berkata dia hanya kenal Janna melalui kerja.

Hafiz tampil mohon maaf jika ada kesilapan dalam memberi pandangan mengenai isu bipolar.

"Jadi mengapa ingin beri nasihat, sedangkan tak begitu kenal dan tak cukup ilmu tentang penyakit ini? Sebenarnya tiada keperluan untuk dia menjawab soalan ini.

"Walaupun ditemuramah, tak semestinya kita perlu jawab semua soalan. Kenyataan Hafiz Hamidun sebenarnya adalah salah faham (misconception) tentang bipolar disorder," tulisnya.

MINDAKAMI merupakan sebuah inisiatif belia yang dibiayai sendiri untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain