suria

Digaji 10 kali lebih rendah daripada pelakon lelaki, Uqasha Senrose kagum Shah Rukh Khan bela nasib aktres Bollywood

Uqasha Senrose kagum dengan prinsip Shah Rukh Khan.

PELAKON Uqasha Senrose meluahkan kekagumannya terhadap pendirian Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan yang memperjuangkan hak sama rata terutama daripada segi bayaran antara pelakon lelaki dan wanita.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, memuat naik beberapa kenyataan aktor tersebut berkaitan diskriminasi terhadap pelakon wanita dalam industri perfileman Bollywood.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata sampai terkeluar, Uqasha Senrose muat naik semula foto tanpa ‘filter’ - “Saya hanya enhanced warna lens supaya tidak kusam!”

"Saya rasa setiap pelakon wanita yang bekerja dalam industri ini bekerja tiga kali lebih kuat daripada pelakon lelaki tapi menerima bayaran 10 kali lebih rendah daripada mereka.

"Tapi perkara itu tidak akan terjadi dalam mana-mana penerbitan syarikat saya.

Sebab itu saya sangat menyukai Shah Rukh Khan!

UQASHA SENROSE

PELAKON

Uqasha Senrose berkongsikan petikan kata-kata Shah Rukh Khan di laman Instagramnya.

"Filem yang saya hasilkan, saya akan bayar para pelakon dengan jumlah gaji yang sama selain nama pelakon wanita akan muncul dahulu sebelum nama saya dalam kredit filem itu," kata Shah Rukh Khan menerusi sebuah artikel terbitan Huffpost pada November tahun lalu.

Uqasha yang sememangnya diketahui pencinta filem Bollywood menyifatkan aktor berusia 56 tahun itu sangat bertimbang rasa dan layak dijadikan idola.

"Sebab itu saya sangat menyukai Shah Rukh Khan!" kata Uqasha.

Isu berbeza layanan serta pembayaran gaji antara pelakon lelaki dan pelakon wanita bukan satu isu asing, malah ia kerap kali menjadi pertikaian dalam industri perfileman Bollywood dan Hollywood.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain