suria

Shaheizy Sam makin seronok jadi ‘businessmen’ - “Perlu korbankan dunia lakonan walaupun ia memang minat saya”

Sam kini sibuk mempromosikan produk bersama isterinya, Syatillah.

DEMI memberi tumpuan sepenuhnya kepada dunia perniagaan, pelakon Shaheizy Sam memberitahu dia sanggup mengorbankan minatnya terhadap lakonan yang kini menjadi sumber pendapatan kedua.

Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad berkata, dia mula memperlahankan karier lakonan selepas melihat masa depan yang lebih cerah dalam bidang perniagaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahiezy Sam cerita sikap buruk diri sendiri sebelum kahwini Syatilla Melvin - “Walaupun perangai saya tak berapa elok, dia tetap ada”

"Saya memang dah mula slow down dalam bidang lakonan sejak filem Polis Evo lagi. Kalau tengok sebelum ini pun, dalam masa setahun saya hanya ada lebih kurang dua filem sahaja. Saya dah nampak diri saya di masa hadapan sebagai ahli perniagaan.

Sam dan isteri mahu fokus perniagaan.

"Untuk berniaga ni saya tak boleh nak beri tumpuan kepada benda-benda lain. Bagi saya, untuk belajar tentang perniagaan... saya perlu korbankan dunia lakonan walaupun ia memang minat saya.

"Apabila saya dah kurangkan berlakon sebab berniaga ni, nampak la pengorbanan saya berbaloi. Sekarang ini memang lakonan merupakan pendapatan kedua manakala perniagaan menjadi keutamaan," katanya kepada mStar.

Pelakon filem Pinjamkan Hatiku ini kini semakin bergiat aktif mempromosikan produk keluarannya bersama isterinya iaitu Syatilla Melvin.

Untuk saya pula... masih belum terbuka hati lagi untuk berlakon semula.

SYATILLA MELVIN

PELAKON

Dalam pada itu, Syatilla yang juga seorang pelakon memberitahu keseronokan berada dalam dunia perniagaan membuatkan dia masih belum terbuka hati untuk kembali aktif dalam lakonan.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, bergelar seorang selebriti dan mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial tidak memberikan jaminan perniagaan yang dilakukan akan berjaya.

"Untuk saya pula... masih belum terbuka hati lagi untuk berlakon semula sebab sekarang ini saya memang tengah seronok dengan dunia perniagaan. Sebelum ini, saya tak ada ilmu dalam bisnes... tak semua artis jual barang akan laku walaupun ada banyak pengikut di laman sosial.

Sam dan Syatilla mempunyai dua orang anak.

"Kalau sekadar menjadi artis dan banyak duit tapi tak ada ilmu dalam bisnes, tak akan bertahan lama. Sebab itu, sampai sekarang saya masih belajar tentang perniagaan. Kesilapan saya sebelum ini, saya berlakon tapi tak ada ilmu nak simpan duit.

"Tapi saya bersyukur sejak mula ceburi dunia perniagaan, saya banyak belajar dan boleh menyimpan duit. Masa berlakon tu, tak nampak duit pergi mana," ujarnya.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain