suria

Kekalkan rentak muzik Tamil dalam single baharu, Santesh harap sambutan sehebat lagu 'Amalina'

Santesh enggan dikenali sebagai penyanyi 'one-hit wonder'.

ENGGAN dikenali sebagai penyanyi one-hit wonder, Santesh berharap single terbaharunya berjudul Dilamun Cinta mendapat sambutan hangat seperti single pertamanya dahulu, Amalina.

Menurut Santesh, 33, dia yakin ramai di kalangan peminat menggemari genre muzik yang dibawakannya kerana ia sesuatu yang unik apabila menggabungkan rentak muzik tamil dengan lirik lagu bahasa Melayu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila masa biadab? Mereka perlu selidik dahulu latar belakang saya” - Santesh dituduh tak hormat komen Siti Nurhaliza

"Lagu Dilamun Cinta ini merupakan lagu baharu yang diterbitkan syarikat produksi saya sendiri, Rentak Angkasa Production.

"Melodinya dicipta oleh saya manakala lirik pula kawan saya, John Malaya yang buat.

Santesh akan kekalkan genre rentak muzik Tamil dalam karya ciptaannya.

"Saya tahu ramai orang Melayu suka rentak muzik Tamil lebih-lebih lagi lagu joget Tamil, sebab itu saya kekalkan genre sebegitu untuk lagu terbaharu saya," katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang aktivitinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak jati Klang, Selangor ini berkata, dia kini lebih fokus dalam menerbitkan video lagu parodi di laman Youtubenya sendiri.

Saya tahu ramai orang Melayu suka rentak muzik Tamil lebih-lebih lagi lagu joget Tamil, sebab itu saya kekalkan genre sebegitu untuk lagu terbaharu saya.

SANTESH

PENYANYI

"Memang tidak dinafikan sumber pendapatan agak terjejas, sekarang saya cari makan melalui Youtube dan aplikasi penstriman muzik sahaja.

"Itu pun bukan boleh jamin dapat keuntungan yang besar, sebab itu kalau boleh setiap minggu saya akan muat naik video (agar sumber pendapatan tidak putus)," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Santesh berkata dia kini sedang dalam peringkat perbincangan untuk berkolaborasi dengan seorang pelakon lelaki menerusi sebuah lagu yang akan diumumkan kelak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain