suria

Siti Sarah, Shuib kena kompaun RM1,000 langgar SOP, duduk lebih dua orang semeja di restoran

Makan satu meja lebih dua orang, Shuib dan Siti Sarah kena kompaun RM1,000. Foto: ihsan polis.

GARA-GARA tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), pasangan selebriti Shuib dan isteri, Siti Sarah Raisuddin masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 pada Jumaat.

Memetik Sinar Harian, Shuib dan Sarah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran di Lipis, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul-betul mahu berehat daripada dunia seni, Shuib 'lepaskan' Sepahtu - “Keputusan ini bukan disebabkan kontroversi tahun lalu”

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, selain Shuib dan Sarah, dua lagi individu yang turut duduk semeja dengan pasangan itu turut dikenakan kompaun.

"Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op Covid-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira pukul 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.

"Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti tersebut menjamu selera di dalam premis terbabit di Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari lalu hanya dibenarkan dua individu semeja sahaja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain