suria

Saharul Ridzwan terima banyak mesej rayu bantuan, RM10 pun ada minta ‘transfer’ - “PKP buat saya terfikir apa jadi 10 tahun akan datang”

Saharul mula memikirkan masa depan dan mahu bergelar usahawan berjaya.

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak memberi kesan kepada ekonomi rakyat sehingga ada yang hilang mata pencarian dan sumber pendapatan.

Menyedari impak negatif kesan penularan wabak Covid-19, pelakon Saharul Ridzwan berkata dia mula menceburi bidang perniagaan bagi menampung kehidupan.

Kata Saharul, dia juga terdorong untuk memulakan langkah sebagai usahawan bagi membantu orang lain yang berdepan dengan kesempitan hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen perlekeh Saharul Ridzwan jual pisang, dikatakan tiada ’job’ - ”Tak malu ke? Kalau saya artis, saya tak jual dekat gerai-gerai macam tu”

"Dalam keadaan sekarang ini bukan saya sahaja susah, ramai lagi orang susah... sejujurnya saya dapat banyak mesej, ada yang minta saya transfer RM10 untuk mereka.

"Kalau seorang tak apa... bayangkan kalau ramai macam mana kita nak bantu sebab saya pun bukan banyak duit.

Perniagaan ini adalah back up plan untuk sara menyara keluarga kerana saya sudah mula memikirkan apa yang terjadi 10 tahun akan datang!

SAHARUL RIDZWAN

PELAKON

"Bermula daripada situlah saya terfikir untuk buka peluang perniagaan makanan ringan berasaskan pisang iaitu Palut’s Food dan dalam masa sama diharap dapat membantu orang ramai yang mahu jana pendapatan dengan menjadi ejen dan pengedar," katanya kepada mStar.

Sementara itu, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini berkata keputusannya menceburi bidang perniagaan secara serius adalah sebagai persiapan masa depan.

Ini kerana dia enggan lagi bergantung punca pendapatan hasil kerjaya seni semata-mata.

Saharul mahu jadikan perniagaan sebagai pendapatan sampingan jika kurang tawaran seni.

"Ketika PKP tahun lalu, saya meneruskan survival dengan duit simpanan dan duit iklan sahaja.

"Saya terfikir kalau satu hari nanti secara tiba-tiba saya hilang mata, cacat fizikal tubuh badan ke, masa itu ada ke orang nak ambil saya berlakon lagi.

"Perniagaan ini adalah back up plan untuk sara menyara keluarga. Saya sudah mula memikirkan apa yang terjadi 10 tahun akan datang... sebab itu saya mula menjinakkan diri dengan perniagaan dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain