suria

Gara-gara tak setuju Da’i Farhan disenarai netizen sebagai lelaki curang, Dr Erin terima kecaman - “Kalau adil tak ada ceraikan isteri tengah mengandung”

Erin terkilan dengan sikap netizen yang menyenaraikan bekas suaminya sebagai lelaki curang.

GARA-GARA ingin mempertahankan bekas suami yang dikaitkan dengan isu curang, bekas isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan iaitu Dr Erin dikecam netizen.

Menerusi ruang komen di perkongsian Instagram Erin, 40, seorang pengguna laman sosial mengungkit semula kisah rumah tangga Da'i Farhan yang pernah menjadi kontroversi pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Erin penat balas mesej lelaki, tapi maaf... tak semua mampu jadi pasangannya - “Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab”

Menurut individu tersebut, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan bekas suaminya itu pernah berdepan dengan isu melibatkan kecurangan.

Erin membalas komen netizen.

"Adil konon. Kalau adil tak ada ceraikan isteri yang masih tengah mengandung. Hukum hakam tu tak nak pertikaikan pula. Kalau sudah curang tu curang saja.

"Kalau sudah jadi perampas suami orang mengaku saja. Elok tak payah buat apa-apa statement. Nampak macam bodoh saja," tulis individu tersebut.

Sebelum ini, Erin menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang menyenaraikan bekas suaminya itu dalam kategori lelaki berlaku curang.

Suka mencari keburukkan orang tapi tak sedar diri sendiri terlalu kurang ilmu kesian.

DR ERIN

BEKAS ISTERI DA'I FARHAN

Malah, Erin turut memuat naik semula beberapa video kompilasi TikTok perbandingan antara lelaki curang dan setia yang direka oleh netizen.

Dalam pada itu, Erin menganggap individu yang suka mencari keburukkan orang lain dan tetap ingin mengetahui perkembangan orang yang dibenci mempunyai masalah mental.

"Suka hati la nak buat statement di IG saya. Anda tak suka duk mai jadi jelatang kat sini buat apa. Tak suka follow pula tu dinamakan mental sickness.

Erin dan Farhan bercerai pada April tahun lalu.

"Suka mencari keburukkan orang tapi tak sedar diri sendiri terlalu kurang ilmu kesian," katanya.

Erin berkahwin dengan Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 31, di Makkah pada November 2019 namun perkahwinan mereka berakhir pada April tahun lalu.

Perkahwinan Da'i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain