suria

Tahun 2020 bawa banyak kenangan, Hafreez Adam kongsi kisah rumah kena sabotaj ketika PKP - “Peti ais penuh ayam dan makanan beku jadi cair dan berulat”

Hafreez lebih tenang menjalani kehidupan pada tahun lalu.

TAHUN 2020 yang baharu sahaja berlalu memberi banyak kenangan pahit dan manis kepada pelakon Hafreez Adam.

Biarpun berdepan dengan kesukaran akibat pandamik Covid-19, Hafreez berkata, dia melihat perkara yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri yang memberi peluang untuk dirinya bercuti panjang akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam pernah putus asa jadi pelakon, dah umum berhenti kerana rasa tidak berbakat - “Saya minta Allah tunjuk jalan sehinggalah menang ABPBH”

"2020 tahun ketenangan untuk saya. Saya tahu mungkin tidak bagi segelintir anda dan saya minta maaf. Bukan saya cakap saya tak terkesan dengan Covid-19 tapi saya tengok dari sudut positif untuk kehidupan saya sendiri.

"Ini yang saya perlukan. Dari mula saya berlakon, saya jarang bercuti panjang dan sejak saya buat Monalisa (2017) cuma sekali saja saya cuti panjang sikit. Itu pun masih sibuk dengan perniagaan dan beberapa perkara.



Hafreez berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Saya sentiasa mengadu pada diri sendiri 'penat, penat, penat'. Tapi saya tak cuti juga sebab saya tanggung keluarga yang besar dan saya ada misi yang saya nak laksanakan. Jadi, dalam fikiran saya, saya perlukan semampu yang boleh.

"Alhamdulillah, rezeki murah Allah bagi tapi dalam tak sedar... macam saya cakap, saya asyik mengadu pada diri penat. Nah Allah beri cuti untuk tiga bulan terus. Saya okay sebab memang jenis yang tak keluar rumah sangat," katanya di Instagram.

Saya cuma nak minta tolong semua untuk doakan supaya semua urusan saya dipermudahkan.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Dalam pada itu, Hafreez turut mengakui dia mengambil keputusan untuk tidak tinggal bersama keluarga dan menetap di kawasan yang jauh dari Kuala Lumpur kerana ingin mencari ketenangan selepas putus tunang dengan aktres Zara Zya.

Kongsi Hafreez lagi, rumah yang didiami ketika tempoh PKP itu juga disabotaj dan mengalami gangguan elektrik sehingga menyebabkan makanan beku dalam peti ais berulat manakala penghawa dingin bilik utama kebocoran.

"Tapi masa lockdown, saya tak duduk dengan keluarga sebab lepas putus tunang, saya pindah jauh dari KL, konon nak duduk dekat tempat yang tenang la tapi masa shooting, dalam seminggu sebelum lockown, rumah saya kena sabotaj.

"Orang tanggalkan main electric fuse, jadi peti ais saya yang penuh dengan ayam dan makanan beku jadi cair dan berulat. Dua minggu lockdown, hari-hari order makanan luar. Aircound bilik utama pula memang dah bocor sejak PKP dan saya tidur di ruang tamu," ujarnya.

Hafreez mengikat tali pertunangan dengan Zara pada 12 Oktober 2019 namun sebulan kemudian mereka mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan.



Hafreez pernah bertunang dengan Zara Zya pada Oktober 2019.

Sementara itu, pelakon drama Gantung ini memberitahu biarpun ramai pihak berfikiran dirinya sudah tidak aktif pada tahun lalu namun dia sempat menghabiskan beberapa penggambaran drama serta telemovie.

"Orang ingat saya dah tak aktif lagi tapi sepanjang tahun lalu, saya dah siapkan dua drama bersiri (20 episod), beberapa telemovie, dan saya sedangkan siapkan baki episod untuk drama 30 episod yang mula shooting dari hujung September 2020.

"Alhamdulillah, Allah sentiasa murahkan rezeki. Untuk tahun ini, saya sedang berbincang untuk beberapa drama, ada satu drama ini yang buat saya teruja walaupun tak baca sinopsis lagi tapi nampak nama pengarah terus saya setuju.

"Insya-Allah saya akan mulakan perjalanan baharu. Overall saya sangat teruja untuk 2021. Saya cuma nak minta tolong semua untuk doakan supaya semua urusan saya dipermudahkan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain