suria

Gara-gara positif Covid-19 selepas balik bercuti, Harris Annuar dikecam netizen - “Dia tak pergi tempat sesak, tuduhan berpesta di hotel tak benar”

Harris Anuar dikecam netizen kerana mendapat jangkitan selepas pulang dari bercuti.

SELEPAS mengesahkan dirinya positif Covid-19 pada Isnin, pelakon Harris Annuar terus menerima pelbagai kecaman daripada netizen di laman sosial.

Lebih-lebih lagi, sebelum itu Harris memuat naik beberapa keping foto sedang bercuti di tempat yang berisiko mendapat jangkitan dan dilihat tidak mengenakan pelitup muka.

Menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh netizen itu, pihak pengurusannya iaitu Absolut Management tampil menjelaskan situasi sebenar membabitkan artis naungan mereka itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Finalis Hero Remaja, Aniq Suhair diserang ‘army BTS’ gara-gara gambar leher dan rambut panjang! - “Mereka ingat itu foto Taehyung”

"Sebelum ini kami mengambil langkah berdiam diri atas sebab tertentu tetapi disebabkan banyak perkara yang tidak benar tersebar, pihak pengurusan berasakan perlu untuk menjelaskan perkara sebenar agar ia tidak menjadi lebih teruk.

"Harris berada di Langkawi pada 26 Disember sehingga 2 Januari. Sepanjang di sana, Harris mengamalkan prosedur operasi standard dan memakai pelitup muka sepanjang masa serta mengimbas aplikasi MySejahtera. Harris tidak pergi ke mana-mana pesta atau tempat yang sesak.



Pihak pengurusan senaraikan lokasi yang dikunjungi oleh Harris.

"Kami juga ingin menyangkal spekulasi yang mengatakan Harris berpesta di sebuah hotel dan ia adalah tidak benar!" kata pihak pengurusan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di Instagram milik Harris Anuar.

Kami menasihati mereka yang berada di tempat-tempat dikunjungi oleh Harris Anuar untuk pergi melakukan ujian Covid-19 dalam kadar segera!

ABSOLUT MANAGEMENT

PENGURUSAN HARRIS ANNUAR

Bersama kenyataan itu, Absolut turut berkongsi tentatif perjalanan dan lokasi yang dilawati oleh bekas peserta program Hero Remaja 2017 itu.

Pada Isnin, Harris menerusi laman Instagram memaklumkan dirinya telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta.



Harris bercuti bersama rakan-rakan di Pulau Langkawi.

Sementara itu, Absolut meminta orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan tidak berasas terhadap artis naungan mereka itu.

"Diharap dengan penjelasan ini orang ramai tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak benar dan tidak tepat. Kami juga memohon agar diberikan ruang kepada Harris Anuar untuk berehat dan berdoa agar dia kembali pulih seperti biasa.

"Pihak pengurusan menasihati mereka yang berada di tempat-tempat dikunjungi oleh Harris Annuar untuk pergi melakukan ujian Covid-19 dalam kadar segera.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong Harris Annuar," ujar pengurusan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain