suria

Bimbang isu kesihatan mental dalam kalangan remaja, Fitri Haris dan Rabithah beri sinar baharu dalam 'Dalil Cinta'

Fitri dan Rabithah tampil dengan single kedua gandingan mereka berjudul Dalil Cinta.

BIMBANG melihat peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan belia sejak krisis pandemik Covid-19 melanda negara, kumpulan nasyid Rabithah dan penyanyi Dr Fitri Haris tampil dengan lagu Dalil Cinta.

Menurut Fitri, dia dan Rabithah memilih isu kesihatan mental dengan harapan lirik lagu itu mampu memberikan sedikit sinar buat golongan yang menghadapi masalah tersebut untuk memulakan tahun baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berkahwin dengan pengurus sendiri, Fitri Haris umum isteri dah hamil - “Dia tiada alahan tapi saya pula yang sensitif bau”

"Sejak krisis pandemik Covid-19 melanda negara, kita boleh lihat semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari.



Lagu Dalil Cinta kini trending yang ke-34 di YouTube.

"Amat menyedihkan bila maklum balas yang mereka terima daripada masyarakat boleh dikatakan amat negatif dan langsung tidak membantu.

"Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini sebagai tema dalam Dalil Cinta dengan harapan lirik yang kami nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka untuk memulakan tahun 2021," katanya.

Lagu ciptaan Akmal Mustafa dan penulis lirik muda, Hasif Sazali itu berjaya menduduki tempat ke-34 trending di saluran YouTube dan mendapat tontonan lebih 72,000 dalam masa lima hari selepas dilancarkan di YouTube.

Amat menyedihkan bila maklum balas yang mereka terima daripada masyarakat boleh dikatakan amat negatif.

FITRI HARIS

PENYANYI

Manakala filem pendek 'PRESENT' yang merupakan adaptasi daripada Dalil Cinta kini sedia ditonton di laman YouTube Tarbiah Sentap Official.

Dalam pada itu, Hakim Sufian mewakili Rabithah turut meluahkan rasa syukur apabila meraih kedudukan ketiga teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini.

"Berjaya ada dalam top tiga pun sudah cukup membanggakan buat kami lebih-lebih lagi bila dapat tahu jarak undian antara kami dan kumpulan Inteam tidak terlalu jauh.



Fitri dan Rabithah harap lagu mereka dapat membantu golongan beli memulakan tahun baharu.

"Pada kami, ini sendiri satu petunjuk bahawa golongan artis nasyid muda dan baharu yang ada dalam industri nasyid mampu untuk berdiri bersama dengan artis-artis nasyid hebat seperti mereka," ujarnya.

Untuk rekod, ini merupakan kolaborasi kedua di antara Rabithah dan juga Fitri Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu Hatiku (Ice Cream nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak