suria

Setahun berkahwin dengan pengurus sendiri, Fitri Haris umum isteri dah hamil - “Dia tiada alahan tapi saya pula yang sensitif bau”

Fitri memberitahu usia kandungan isterinya kini berusia empat minggu.

PENYANYI Dr Fitri Haris meluahkan rasa syukur dan memaklumkan isteri yang juga pengurusnya iaitu Fazilah Omar kini hamil empat minggu.

Fitri, 36, berkata, dia tidak menjangka kehamilan tersebut memandangkan mereka sudah mencuba pelbagai cara selepas iwanita itu mengalami keguguran pada Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga didakwa goyah dan bakal berakhir, Fitri Haris cabar penyebar fitnah muncul! - “Soal itu biarlah privasi”

"Syukur... Alhamdulillah usia kandungan dalam empat atau lima minggu. Saya masih speechless dan berasa seperti berada diawang-awangan.

"Kali terakhir saya berasa seperti ini pada 16 tahun lalu. Perasaan nak dapat anak pertama itu datang semula.



Fitri berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.

"Sebelum ini isteri pernah keguguran dan sejak itu macam-macam usaha kami lakukan termasuklah berurut namun tiada rezeki.

"Yela... usia perkahwinan kami pun sudah mencecah setahun. Detik indah yang saya tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata," kata Fitri kepada mStar.

Fitri turut memuat naik video di Instagram memperlihatkan isterinya membuat kejutan mengenai kehamilan ketika dia sedang khusyuk bekerja di rumah.

Alhamdulillah, isteri tak ada alami alahan yang teruk atau mengidam yang bukan-bukan.

FITRI HARIS

PENYANYI

Dalam pada itu, juara Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua ini memberitahu isterinya belum mengalami sebarang alahan atau mengidam.

Namun, dia memberitahu berkemungkinan pembawakan bayi itu terkena pada dirinya yang gemar membeli perabot dan sensitif dengan bau-bauan sejak kebelakangan ini.

"Alhamdulillah, isteri tak ada alami alahan yang teruk atau mengidam yang bukan-bukan. Tapi saya pula terkena pembawakan baby itu.

"Sejak akhir-akhir ini, saya asyik nak beli perabot sahaja. Perabot yang kena pasang sendiri, steri pun pelik dengan perangai saya.



Fitri dan El masing-masing mempunyai seorang anak daripada hasil perkahwinan sebelum ini.

"Saya juga tak boleh tahan dengan bau-bauan seperti di kedai makan atau bau bawang dan nak kena sentiasa bau wangi saja. Sebelum ini, tak ada pula macam ini," ujanya.

Pada Disember tahun lalu, bekas anggota UNIC ini mendedahkan dia sudah berkahwin dengan pengurusnya iaitu Fazilah Omar atau lebih mesra disapa El.

Fitri pernah tiga kali menduda dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Sofea Soleha, 16, yang menetap bersama bekas isterinya di Singapura.

Manakala Fazilah juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam, 10.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain