suria

Giliran Tasha Shilla pula tayang ‘baby bump’, hamil 5 bulan - “Doakan supaya bayi dalam kandungan sihat”

Tasha Shilla umum berita gembira sudah hamil lima bulan.

SELEPAS 10 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Tasha Shilla akhirnya berkongsi khabar gembira yang dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, memaklumkan kandungannya kini sudah berusia lima bulan.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan, sahabat dan keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah, Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya kini berusia lima bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha dan suami masuk kelas agama selepas berkahwin - “Kami sama-sama nak perbaiki diri”

"Sejujurnya saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga," katanya pada Jumaat.

Perkongsian Tasha di itu tentunya menerima pelbagai reaksi pengikut dan peminat yang mendoakan supaya kandungannya itu membesar dengan sihat.

Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan!

TASHA SHILLA

PELAKON

Malah rakan artis turut tidak ketinggalan menulis ucapan tahniah antaranya Nad Zainal, Ramona Zam Zam, Ika Nabella dan Nabila Huda.

Dalam pada itu, pelakon drama Kau Yang Pertama ini memohon orang ramai mendoakan agar perjalanan tempoh kehamilannya itu dipermudahkan sehingga hari kelahiran kelak.



Tasha mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

"Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya InsyaAllah.

"Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan," ujarnya.

Tasha dan Muhammad Atiq Idris selamat diijabkabul pada 28 Februari lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Majlis Wilayah Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain