suria

Zahirah MacWilson minta peminat tak bimbang, sudah enam bulan tiada kes tempatan Covid-19 di Perth - “Lalui proses sukar, perlu minta kebenaran dua negara”

Zahirah berharap peminat mendoakan keadannya di Perth.

KEPUTUSAN pelakon terkenal Zahirah MacWilson ingin menyambut kelahiran anak sulungnya di Perth, Australia mengundang kerisauan netizen dengan kes Covid-19 di sana.

Enggan membiarkan netizen terus membuat spekulasi, Zahirah, 25, menjelaskan tiada kes tempatan yang dilaporkan di wilayah itu sepanjang enam bulan malah jumlah kes sebelum ini juga sangat rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza balik Perth, sambut kelahiran anak pertama di kampung halaman - “InsyaAllah kami akan pulang bertiga”

Pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol ini juga memberitahu biarpun tiada lagi prosedur operasi standard (SOP) namun pihak kerajaan di sana tetap mengambil serius soal keselamatan.



Zahirah berkongsi perkara itu di laman Instastory miliknya.

"Untuk yang tertanya mengenai kes di Perth... dah enam bulan tak ada kes tempatan. Sebelum ini pun kes sangat rendah. Sekarang mereka tidak ada SOP dimana kena pakai mask atau kena social distancing.

"Mereka mengambil tindakan yang serius dalam hal keselamatan dan itu sebabnya mereka dapat mengatasi keadaan selama ini," kata Zahirah.

Pada Jumaat, Zahirah berkongsi foto dia dan suaminya yang juga pelakon Aiman Hakim Ridza dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres tersebut.

Ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff meluahkan rasa syukur apabila anak dan menantunya dapat pulang ke Perth biarpun perlu melalui dugaan berikutan pandemik Covid-19.

Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19.

ZAHIRAH MACWILSON

PELAKON

Maslinda menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat memberitahu pasangan itu akan menjalani kuarantin selama dua minggu terlebih dahulu sebelum pulang ke rumahnya.

Dalam pada itu, Zahirah menegaskan barat Australia juga telah menutup sempadan sehingga April 2021 namun hanya membenarkan kemasukan dengan syarat tertentu seperti warganegara dan kecemasan.

Zahirah turut mengakui bukan mudah melalui proses bagi mendapatkan kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia.

"WA (Western Australia) tutup sempadan mereka dan akan sentiasa tutup sehingga April 2021. Kecuali anda memegang visa PR, warganegara, kecemasan, perniagaan atau ada alasan kukuh baru boleh masuk.



Zahirah dan Aiman jalani kuarantin selama 14 hari sebelum pulang ke rumah ibunya.

"Itu pun sudah tentu kena minta kebenaran dari kerajaan Malaysia dan Australia terlebih dahulu. Ia bukan sesuatu yang mudah tapi Alhamdulillah Allah dah susun semuanya.

"Kami kini menjalani kuarantin untuk 14 hari seterusnya walaupun dua-dua dah keputusan negatif untuk Covid-19. Apa-apa pun... semoga Allah sentiasa lindungi kita semua," ujarnya.

Kandungan pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu kini sudah mencecah tujuh bulan dan dijangka bersalin pada Disember depan.

Zahirah mendirikan rumah tangga dengan Aiman atau nama sebenarnya Aiman Hakim Ridza Abdoh, 31, pada 8 Jun tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain