Izreen Azminda akui hidup lebih bahagia selepas maafkan orang lain - “Jangan terlalu menghitung salah dan dosa orang”

Izreen kini lebih tenang berdepan dengan kecaman.

PERNAH menerima kecaman yang teruk berikutan kontroversi pernikahannya dengan pemuzik bernama Ude, kini pelakon Izreen Azminda lebih tenang berdepan komen negatif di laman sosial.

Menerusi 'Ask Me Question' di Instastory Izreen menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui bagaimana cara dia berdepan kecaman dan menjalani kehidupan seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak izin Izreen Azminda berlakon, takut keluarga terabai - “Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak”

Menjawab pertanyaan tersebut, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 35 berkata dia hanya perlu memaafkan orang lain supaya dapat menjalani kehidupan bahagia bersama suami.



Antara soalan yang diterima Izreen di Instastory.

"Kami hanya mampu cakap Alhamdulillah sahaja. Yang penting kami gembira saja kat sini dengan suami dan keluarga.

"Alhamdulillah, semat dalam hati memaafkan itu lebih membahagiakan kita dari mengharapkan kemaafan orang lain.

"Letak dalam fikiran kita, semua manusia itu pendosa. Jangan terlalu menghitung salah dan dosa orang lain pada kita sampaikan kita lupa dan alpa dalam menghitung dosa kita pada orang lain," katanya.

Sekitar 2017, berita mengenai perkahwinan Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mendapat perhatian netizen.

Kita semua manusia... tak ada yang sempurna.

IZREEN AZMINDA

PELAKON

Izreen menerima kecaman dan turut dituduh sebagai perampas memandangkan ketika itu suaminya sudah mempunyai seorang isteri iaitu Intan Liana Saleh.

Bagaimanapun pada 22 Mac 2018, Ude telah menceraikan isteri pertamanya itu selepas lima tahun berkahwin dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Arish Muqri, 5 dan Ariq Muqri, 3.

Dalam pada itu, pelakon drama Pergilah Air Mata ini turut menerima permohonan maaf daripada beberapa netizen yang pernah mengutuknya.

Izreen bagaimanapun telah memaafkan mereka yang pernah memfitnahnya dan mengakui semua manusia pernah melakukan kesilapan.



Izreen hidup lebih tenang.

"Tak apa... semua manusia buat salah. Mana ada yang suci murni tanpa dosa. Biasalah tu... tak apa kami maafkan semua yang dah mengata dan fitnah kami.

"Doa yang baik-baik tau. Kita semua manusia... tak ada yang sempurna. Kami pun banyak dosa," ujarnya.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Ude pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.

Aktres itu juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar, 7, hasil perkahwinan pertamanya dengan jurukamera, Muhammad Riza.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain