suria

Bekas isteri rasa lega berpisah dengan Ammar Alfian - “Alhamdulillah akhirnya saya sah bercerai”

Nelissa luah rasa syukur akhirnya dia bercerai dengan Ammar.

BEKAS isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam berasa lega apabila mahkamah membenarkan permohonan cerainya dengan aktor berkenaan secara tebus talak.

Ujar Nelissa, 31, biarpun mental, emosi dan fizikalnya terkesan disebabkan apa yang dilaluinya selama ini, dia bersyukur dengan perpisahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian bercerai dengan cara tebus talak, bekas isteri diperintah bayar RM7,000

"Walaupun mental, emosi dan fizikal dalam keadaan keletihan selepas apa yang saya lalui, Alhamdulillah akhirnya saya sah bercerai.

Status yang dimuat naik Nelissa.

"Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memutuskan saya perlu membayar sejumlah wang kepada bekas suami agar permohonan cerai dibenarkan.

"Sejumlah wang tersebut berdasarkan beberapa peraturan atau undang-undang," katanya di Instastory.

Pada Rabu Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 33, telebih dahulu mengumumkan mengenai berita penceraian mereka di Instagram.

Nelissa dan Ammar dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Menurut Ammar, bekas isterinya diperintah membayar RM7,000 kepadanya sebagai tebus talak.

Cerai tebus talak atau perceraian khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat ganti rugi (bayaran) kepada suami yang ditetapkan mahkamah selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Ammar mendirikan rumah tangga dengan Nelissa pada Mac 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dinamakan Kyro Shakur yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain