suria

Isu ‘body shaming’ Sherry Alhadad tak terasa hati, anggap Usop macam adik - “Saya faham niat dia nak bergurau”

Sherry tahu niat Usop hanya mahu bergurau.

PENGACARA Sherry Alhadad memberitahu dia tidak terasa hati dengan gurauan naib juara Big Stage 2020 iaitu Usop yang berbaur 'body shaming' ketika di pentas akhir program tersebut yang berlangsung pada malam, Ahad lalu.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 36, dia memahami keadaan Usop kerana dirinya juga mempunyai perasaan bimbang sekiranya terlepas cakap ketika berada di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur kata berbaur 'body shaming', Usop mohon maaf secara langsung pada Sherry Alhadad - “Saya harap semua orang tak terasa”

Bagaimanapun, pengacara program tersebut mengetahui niat Usop hanya sekadar bergurau.



Aksi Usop dan Sherry di atas pentas akhir Big Stage 2020.

"Saya tak ambil hati dengan apa Usop cakapkan itu. Kadang-kala sama juga macam saya apabila jadi pengacara. Kalau atas pentas paling saya takut adalah tersalah cakap.

"Sebenarnya saya faham niat dia nak bergurau, mungkin ketika itu orang lain anggap ianya seperti menghina atau sebagainya," kata Sherry kepada mStar.

Sherry ditemui ketika selesai konsert akhir Big Stage 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Saya sebagai seorang kakak sayang Usop sebagai seorang adik dan no heart feeling.

SHERRY ALHADAD

PENGACARA

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang menyanyikan lagu Arjuna menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergurau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘body shaming’.

Bagaimanapun, Usop telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sherry dan seluruh rakyat Malaysia sebaik saja selesai persembahan kedua menyanyikan lagu Peluang Kedua.



Sherry bergandingan dengan Alif Satar untuk mengacara Big Stage 2020.

Dalam pada itu, Sherry mengakui dia sudah menganggap penyanyi lagu Aku Yang Bersalah itu seperti adiknya dan tidak pernah menyimpan perasaan marah.

"Saya sebagai seorang kakak sayang Usop sebagai seorang adik dan no heart feeling. Tak ada pun perasaan marah-marah sebab kami saling sayang menyayangi sebagai pengacara dengan peserta dan adik saya dalam Big Stage.

"Jadi, tak ada apa pun dan saya sayang semua orang," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak