Persembahan tak sampai, lagu kurang sesuai punca Hafiz Zainal dan Nana Sheme tersingkir Big Stage 2020 - “Lagu rock tapi saya tak rasa, macam lakonan...”

Nana dan Hafiz Zainal gagal ke minggu hadapan.

PENYANYI Nana Sheme dan Hafiz Zainal tersingkir pada konsert suku akhir Big Stage 2020 yang berlangsung pada Ahad malam.

Dalam saingan suku akhir, Nana Sheme menyanyikan lagu Ngam nyanyian asal Sophia Liana tersingkir selepas menerima sebanyak 66.20 markah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada identiti punca Yamani Abdillah tersingkir Big Stage 2020 - “Kasihan orang asyik bandingkan awak dengan bapa”

Manakala, Hafiz Zainal yang menyanyikan lagu Rampas (Akim & The Majostret) pula menerima markah sebanyak 68.7 peratus.

Juri tetap iaitu penyanyi Faizal Tahir memuji usaha yang dilakukan Nana Sheme, namun ia tidak menonjolkan kekuatan sebenar penyanyi ini.



Enam peserta layak ke minggu hadapan.

“Dalam pertandingan ini kesungguhan awak setiap minggu boleh dapat A tapi saya rasa lagu ini tak tunjukkan kekuatan sebenar awak!, ” kata Faizal.

Sementara itu, Dayang pula berkata persembahan genre rock yang disampaikan oleh Hafiz Zainal tidak sampai kepada penonton.

“Malam ini lagu rock tapi saya tak rasa, macam lakonan... persembahan memang menghiburkan tapi kena sampaikan ke hati. Saya puji vokal ada improvement, ” komen Dayang.

Minggu ini juri sepakat menggunakan imuniti unlocked bagi menyelamatkan Dinie Rashid yang turut tersenarai sebagai tiga peserta menerima markah terendah.

Malam ini lagu rock tapi saya tak rasa, macam lakonan...

DAYANG NURFAIZAH

PENYANYI / JURI TETAP

Dalam saingan kali ini, penyanyi Fadh Majid menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 77.7 peratus, diikuti oleh Qody Rany (76.3) dan Usop (74.6).

Peserta lain yang turut layak ke konsert separuh akhir ialah Azzam Sham dan Farisha Iris.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai serta Faizal Tahir manakala penyanyi dangdut Mas Idayu sebagai juri jemputan.

Penyanyi dan pelakon terkenal Elly Mazlein pula menjalankan tugas sebagai presiden netizen pada minggu ini.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain