suria

Pelakon '7 Hari Mencintaiku' Idris Md Diah meninggal dunia dalam tidur

Idris Mat Diah meninggal dunia pada Isnin.

SELEPAS dikejutkan dengan kematian beberapa selebriti sejak beberapa hari lalu, seperti Datuk Zulkifli Zain dan Sandra Dianne, dunia hiburan sekali lagi diselubungi berita sedih apabila pelakon veteran Idris Mohd Diah pula meninggal dunia.

Idris, 61, yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Sandra meninggal dunia selepas 6 hari bertarung nyawa di ICU

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit

Menurut anak arwah iaitu Alia, ayahnya diketahui tidak sedar diri sekitar pukul 2 pagi dan ketika pasukan perubatan yang dihubungi tiba untuk memberikan rawatan, mereka mengesahkan Allahyarham sudah meninggal dunia.

"Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tidak selera makan," ujarnya.



Allahyarham masih aktif berlakon dalam drama-drama tempatan.

Jenazah akan dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Faizin Desa Jaya, Kepong dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, sebelum solat Zuhur.

Idris antara pelakon veteran yang masih aktif membintangi pelbagai drama tempatan.

Antara drama yang pernah dilakonkannya ialah Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap.

Selain berlakon, Idris juga pernah berkhidmat sebagai pustakawan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 1980-an.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain