suria

Hafidz Roshdi dapat 'baby boy', kongsi tarikh lahir sama dengan anak sulung - “Alhamdulillah kini sepasang lelaki dan perempuan”

Hafidz teruja kedua-dua anaknya lahir pada tarikh yang sama.

PELAKON Hafidz Roshdi melahirkan rasa syukur apabila isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri selamat melahirkan bayi lelaki pada Rabu.

Lebih menarik apabila cahaya mata kedua Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 26, itu lahir pada tarikh yang sama dengan anak sulungnya iaitu Humairah yang kini berusia tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Posing patuh syariah, Hafidz Roshdi dipuji jaga aurat ketika bersenam - “Jangan tanya kenapa seluar dia tinggi”

"Alhamdulillah sama tarikh dan sama baju. Little beast is here. Sepasang lelaki dan perempuan. Allah sebaik-baik perancang," kata Hafidz.



Hafidz berkongsi foto ketika anak pertamnya, Humairah lahir pada tarikh yang sama dengan anak keduanya.

Pelakon drama Manuskrip Cinta itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Bagaimanapun, Hafidz tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran bayi keduanya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan netizen yang turut mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

"Alhamdulillah... tahniah tarikh dan bulan yang sama ya kuasa Ilahi.



Hafidz dan isteri mempunyai seorang anak perempuan.

"Wah tahniah abang dan isteri. Sama seperti saya dan adik hanya beza tahun kelahiran.

"Alhamdulillah tahniah bestnya dapat sepasang tarikh sama boleh sambut sama-sama," komen beberapa netizen di perkongsian tersebut.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Humairah pada 9 September 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain