suria

“Kalau lagu kita sedap orang pasti dengar” - Khai Bahar tak takut bersaing, syukur 'Durja' diterima peminat

Khai mahu perbaiki diri bagi memantapkan lagi karier seninya. Foto: SAMUEL ONG

BARU sahaja melancarkan video muzik (MV) lagu berjudul Durja, penyanyi Khai Bahar berkata dia tidak bimbang dengan persaingan daripada rakan artis seangkatannya.

Berpegang kepada prinsip lagu yang berkualiti mampu menarik pendengar, Khai berpendapat masyarakat hari ini sudah bijak dan bersikap terbuka memilih sesuatu karya.

"Alhamdulillah! Sambutan MV lagu Durja sangat baik... kalau tengok ramai artis lain pun lancar MV pada waktu ini tapi saya tak melihat ianya sebagai satu persaingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar terima kritikan, dianggap belum layak ke Istana Budaya - “Semua penghibur impi buat konsert di pentas itu”

"Bagi saya sekarang ini kita dah masuk zaman digital jadi kita semua tak perlu ada rasa takut nak bersaing. Kalau lagu kita sedap orang pasti dengar dan tak perlu takut tengok orang lain keluar lagu atau MV juga.



Khai mahu mencuba pelbagai genre muzik.

"Sekarang ini, saya hanya fikirkan untuk hasil lagu berkualiti dan mesra telinga. InsyaAllah pendengar akan suka dan menerima lagu kita sebaiknya," katanya kepada mStar.

Lagu Durja merupakan ciptaan Iqie Hugh, Omar K dan Khai Bahar. Ia telah dilancarkan secara eksklusif menerusi aplikasi muzik Joox pada hujung bulan lalu.

Sekarang ini saya suka explore apa sahaja jenis lagu, nak tengok penerimaan peminat.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Manakala MV pula dilancarkan di akaun Youtube Joox Malaysia pada 1 September lalu dan sehingga kini menerima lebih 500,000 tontonan.

Sementara itu, penyanyi berusia 26 tahun ini berkata dia terbuka menerima kritikan pendengar bagi memperbaiki diri dan memantapkan bakat nyanyiannya.

Malah, dia tidak takut untuk bereksperiman dan mencuba pelbagai genre muzik.



Khai tak kisah dikritik pendengar.

"Saya sentiasa belajar dari kesilapan... sebelum ini saya dikritik itu dan ini! Bagi saya tak salah perbaiki apa kekurangan untuk memantapkan lagi karier nyanyian.

"Saya harap tiga tahun lagi akan jadi individu yang lebih baik. Sekarang ini saya suka explore apa sahaja jenis lagu, nak tengok penerimaan peminat.

"Sambil menyanyi saya juga ada buat stok lagu-lagu yang saya akan nyanyikan sendiri nanti, belum berani nak bagi kepada penyanyi lain sebab takut tak sesuai. Belum tiba masa lagi nak bagi mereka nyanyi, mungkin satu hati nanti," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Khai Bahar, Durja, BBNU, penyanyi, sensasi,

Artikel Lain