suria

Tahniah, pereka fesyen Rizman Nordin dah jadi ayah!

Isteri Rizman iaitu Nurida Suraya selamat lahirkan bayi sulung mereka pada Rabu.

ISTERI kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin iaitu Nurida Suraya selamat melahirkan bayi perempuan pada Rabu.

Rizman, 36, melahirkan rasa syukur dengan kelahiran puteri sulung mereka yang diberi nama Rizqaa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pereka fesyen selebriti Rizman bakal jadi bapa, isteri hamil empat bulan - “Alhamdulillah, syukur kami dihadiahkan anugerah paling berharga”

"Bismillahirahmanirahhim... dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Pemilik sekian alam.

Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak.

RIZMAN NORDIN

PEREKA FESYEN

"Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti. Princess Rizqaa. Rizqaa, a blessing, gift from Almighty (berkat, hadiah daripada Yang Maha Kuasa)," katanya.

Rizman berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram pada Rabu namun tidak memberi maklumat lebih terperinci mengenai kelahiran bayinya.

Ruang komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut mendoakan agar segala urusan keluarga itu dipermudahkan.

Dalam pada itu, Rizman juga mendoakan agar cahaya mata pertamanya itu menjadi seorang anak yang solehah dan menjadi kebanggaan agama.



Rizman berkongsi wajah bayinya di laman sosial.

"Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan Insya-Allah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi," ujarnya.

Rizman dan Nurida disatukan sebagai suami isteri pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain