Pernah dikutuk ‘mata duitan’ kerana kahwin lelaki gemuk, Ika Nabella kini bangga suami dah kurus! - “Saya tak bersuamikan peti ais lagi”

Ika Nabella tak kecil hati dituduh berkahwin kerana wang.

PELAKON Ika Nabella tidak pernah menganggap isu berat badan suaminya Muhammad Zaid yang pernah mencecah 100 kilogram sebagai satu isu dalam hubungan rumah tangga mereka.

Biarpun sering dituduh ‘mata duitan’ kerana memilih lelaki gemuk sebagai suami, Ika atau nama sebenar Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, perkara itu tidak mengurangkan rasa cinta mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ika Nabella uji keberanian suami terjun laut, kongsi minat 'travel' kukuh ikatan perkahwinan - “Kami tiada supercar, rumah banglo tapi...”

"Saya tak sedar yang berat dia 100 kilogram masa kami mula-mula kahwin empat tahun lepas. Cinta itu buta. Saya nampak dia kacak saja... sasa.

"Patutlah ada orang kutuk-kutuk saya cakap duit punya pasal lelaki gemuk pun sanggup kahwin... biadap korang!" tulis Ika.

Patutlah dia tak join rutin senaman saya dulu rupanya dia bersaiz besar... megah agaknya.

IKA NABELLA

PELAKON

Aktres itu bagaimanapun berkata dia tidak berkecil hati dengan cemuhan yang dilemparkan netizen terhadap berat badan suaminya.

Dalam pada itu, Ika turut meluahkan rasa bangga apabila suaminya berjaya menurunkan berat badan dan mendaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini berkata, sebelum berkahwin suami tidak pernah melakukan rutin senaman kerana tiada stamina yang cukup.

"Dulu waktu bercinta saya bersenam dengan personal trainer, dia duduk sebelah teman. Patutlah dia tak join rutin senaman saya dulu rupanya dia bersaiz besar... mengah agaknya.



Suami Ika, Muhammad Zaid berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

"Berat suami sekarang dah 70 kilogram. Saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang korang kutuk-kutuk dulu.

"Tahniah, sayang... sekarang kita berkongsi hobi yang sama” jelasnya.

Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam, 33, mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 10 bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ika Nabella, berat badan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik