Ippo Hafiz kongsi rasa teruja jaga anak, kagum kekuatan isteri berdepan proses bersalin - “Dia berkorban nyawa untuk anak kami”

Ippo Hafiz ucap terima kasih kepada isterinya Fara Roslan.

SELEPAS menimang cahaya mata pertama yang dinanti-nantikan bersama isterinya Fara Roslan pada Rabu lalu, penyanyi Ippo Hafiz berkongsi rasa teruja apabila melalui perngalaman menjaga bayi lelakinya itu.

Walaupun sudah memikul tanggungjawab seorang bapa selepas mengambil anak angkat perempuan iaitu Cinta Rizky Amanda, 4, Ippo berkata pengalamannya kali ini sedikit berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ippo Hafiz dapat 'baby boy' - “Sungguh kuat bidadariku bertarung nyawa”

"Ini adalah pertama kali saya menimang cahaya mata kandung... sangat teruja dan bersyukur. Tapi sebagai bapa, pengalaman mengambil Cinta sebagai anak angkat dah mengajar Ippo macam-macam.

"Kali ni, saya uruskan anak dengan isteri. Kalau dulu, saya uruskan Cinta bersama ibu bapa saya," katanya kepada mStar.



Ippo Hafiz pilih Yusuf Zarin Nur sebagai nama anak lelakinya.

Memilih Yusuf Zarin Nur, Ippo berkata, mereka mengambil nama tersebut berdasarkan perwatakan Nabi Yusuf yang membawa pelbagai maksud baik dan menyejukkan mata..

Selain itu, Zarin membawa maksud keemasan dan Nur bermaksud cahaya.

"Yusuf tu sempena nama Nabi Yusuf yang mempunyai perwatakan yang sejuk mata memandang. Zarin pula bermaksud keemasan dan Nur tu bermaksud cahaya. Kalau dalam bahasa Arab sebutan untuk semua perkataan ini terbalik jadi maksudnya akan jadi cahaya keemasan Yusuf.

"Saya dan Fara mendapat ilham dari situ la. Jadi, sejak baby dalam perut lagi kami dah biasakan panggil dia Yusuf.

Sebenarnya saya kagum dengan isteri saya... sangat-sangat kuat.

IPPO HAFIZ

PENYANYI

"Jadi, saya mengharapkan netizen dan peminat mendoakan... kami pun memanggil Yusuf hari-hari dan Alhamdulillah keluar pun sempurna," ujarnya.

Akui kagum dengan ketabahan dan kekuatan yang dimiliki isterinya sepanjang mengandungkan Yusuf, Ippo mengucapkan terima kasih kepada Fara yang sanggup berkorban dan bertarung nyawa.

Dia turut meminta peminat agar peminat mendoakan Yusuf membesar menjadi seorang anak yang soleh dan bertanggungjawab kepada ibu bapanya.



Ippo mempunyai seorang anak angkat perempuan yang dijaga sejak lahir.

"Sebenarnya saya kagum dengan isteri saya... sangat-sangat kuat. Pada saya dia wanita yang sangat hebat yang sanggup bertarung nyawa dan berkorban selama sembilan bulan mengandungkan anak kami.

"Alhamdulillah. Saya sangat berterima kasih kepada isteri saya yang banyak sangat bersabar untuk melahirkan anak kami.

"Saya minta peminat mendoakan agar Yusuf Zarin menjadi seorang anak yang soleh dan seorang anak yang akan membanggakan ibu dan ayah... yang pandai, baik, lembut dan bertanggungjawab, amin," katanya.

Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dalam sebuah majlis sederhana di Impian Abadi 8, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Yusuf Zarin Nur yang lahir pada 5 Ogos lalu.

Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain