suria

Selalu kena 'reject' stesen TV, Mustaqim Bahadon tak ambil hati - “Betul ke followers ramai boleh buat drama meletup?”

Mustaqim tak bergantung pada tawaran berlakon dalam mencari rezeki.

SELEPAS beberapa orang pelakon mengutarakan kekesalan kerana tidak mendapat tawaran berlakon disebabkan kekurangan pengikut di laman sosial, kini aktor Mustaqim Bahadon pula tampil berkongsi pengalamannya.

Kata Mustaqim, 34, perkara itu kerap terjadi kepadanya sepanjang menceburi bidang lakonan namun dia sentiasa bersangka baik dan menerima keputusan yang dibuat pihak stesen televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi kena ‘reject’ stesen TV sebab Instagram ‘sendu’ - “Nak beli followers rasa macam menipu, apa patut saya buat?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui situasi ditolak kerana kurang 'followers', Idzham Ismail tak patah semangat - “Stesen TV ada sebab pilih pelakon popular”

Bagaimanapun, dia mempersoalkan jika jumlah pengikut laman sosial seseorang pelakon boleh membantu menaikkan kualiti sesebuah naskah.

"Ditolak stesen TV sebab followers kurang? Dah biasa dan kerap terjadi.

Saya bersangka baik dan terima, walaupun jauh di dalam hati kecil ni rasa hampa.

MUSTAQIM BAHADON

PELAKON

"Saya bersangka baik dan terima. Walaupun jauh di dalam hati kecil ni rasa hampa dan tertanya-tanya betul ke followers ramai ni boleh buat sesuatu naskah tu meletup di kaca TV.

"Mungkin dari segi pemasaran ada betulnya. Bagi saya selagi boleh ambil peluang, buat saja tak kisah watak apa ditawarkan. Saya terima saja walaupun cuma satu dua babak dalam sesuatu cerita.

"Asalkan ada la pendapatan sikit. Lepaslah belanja dapur dan minyak sikit. Saya pun bermula dari bawah, jadi apa salahnya buat... minat," tulisnya.

Dalam pada itu, Mustaqim bersyukur kerana punca rezekinya bukan sahaja pada bidang lakonan, sebaliknya aktif berniaga pelbagai produk bagi menampung hidup.



Mustaqim juga berniaga untuk menampung hidup.

"Alhamdulillah ramai penerbit masih fight untuk bagi saya peluang muncul di kaca TV dan rezeki sentiasa ada dalam bidang saya ceburi ni. Cuma bagi saya, bila dah dapat duit saya kena ada sesuatu nak buat selain berlakon.

"Jadi macam-macam bisnes saya buat bagi menampung hidup dan duit poket. Orang sampai cakap, Mus banyak sangat buat bisnes, tengok tak kaya-kaya.

"Sumpah saya tak peduli apa orang cakap dan tak ambil hati. Selagi sesuatu benda tu saya buat ada pendapatan untuk saya, buat sajalah. Rezeki Allah nak bagi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mustaqim Bahadon

Artikel Lain