suria

Saifuddin mohon maaf, janji tiada lesen Finas diperlukan untuk 'influencer'

Saifuddin berkata tiada tindakan bakal dikenakan terhadap penerbit filem media sosial.

SELEPAS kontroversi berkaitan kenyataan berkenaan isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 23 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah pada Ahad tampil membuat permohonan maaf.

Saifuddin berkata sebagai seorang ahli politik dia tidak seharusnya menjawab soalan yang diberikan secara terlalu ringkas dan lurus.

ARTIKEL BERKAITAN: Main TikTok pun kena ada lesen? YouTuber Alieff Irfan persoal kewajaran kerajaan perkenal lesen Finas kepada ‘influencer’ baru nak up

"Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.

"Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena hentam," katanya.



Personaliti YouTube, Alieff Irfan pernah mempersoalkan kewajaran kerajaan memperkenalkan peraturan berkenaan isu ini.

Saifuddin membuat permohonan maaf tersebut di Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, Johor.

Sebelum ini, kenyataan Saifuddin bahawa penerbit filem termasuk tradisi dan media sosial perlu memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) mengundang keresahan ramai khususnya golongan muda.

Dalam pada itu, Saifuddin turut berkata kebebasan sepenuhnya diberikan kepada penerbit filem media sosial dan tiada tindakan yang akan dikenakan.

“Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya, ” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain