Lagu belum lancar... imej dah kena kritik, Shiha Zikir minta peminat bersabar - “Artis luar boleh terima, tapi tidak penyanyi tempatan?”

Shiha Zikir terima dengan hati terbuka pandangan peminat terhadapnya.

TAMPIL dengan imej berbeza dalam video teaser single baharu berjudul AEWO, penyanyi Shiha Zikir menerima pelbagai reaksi netizen.

Shiha atau nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir, 33, berkata, rata-rata pengguna laman sosial membuat andaian tanpa mengetahui sebab sebenar dia membawa imej sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir guna tempoh PKP untuk belajar mengaji dari Alif Ba Ta - “Sebelum ini saya terlalu sibuk dengan kerja”

"Bila orang tengok apa yang saya kongsikan sekarang di Instagram, ia bukan seperti imej saya sebelum ini.



Shiha tak mahu peminat membuat andaian melulu.

"Jadi, orang dah fikir bukan-bukan. Sebab tu saya tak nak komen panjang pasal benda ni kerana bagi saya orang yang kecam ni selalunya bercakap sebelum tengok. Saya mahu netizen tengok dulu video muzik itu.

"Selepas video itu dilancarkan, segala penerimaan dan komen daripada mereka saya akan terima dengan hati yang terbuka," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shiha menjelaskan tindakannya memadam semua foto sebelum ini berikutan mahu peminatnya hanya fokus kepada lagu tersebut.

Penyanyi lagu Pipiyama ini berharap lagu yang menampilkan penyanyi rap Noki dari kumpulan K-Clique akan mendapat penerimaan yang baik dari pendengar.



Shiha berharap peminat terima imej untuk konsep lagu baharunya.

"Saya tak nak orang tengok benda-benda yang saya pernah kongsi sebelum ini. Saya cuma nak mereka fokus pada single baharu saya. Jadi saya harap mereka akan peka dan terima la kelainan ni.

"Kenapa mereka boleh terima artis luar, tapi tidak penyanyi tempatan?" ujarnya.

Video muzik rasmi AEWO bakal dilancarkan di YouTube pada Rabu ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shiha Zikir, AEWO

Artikel Berkaitan

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain