Shiha Zikir guna tempoh PKP untuk belajar mengaji dari Alif Ba Ta - “Sebelum ini saya terlalu sibuk dengan kerja”

Shiha menggunakan masa PKP dengan memperbaiki bacaan Al-Quran bersama rakan selebriti.

PENYANYI Shiha Zikir menganggap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan memberi hikmah tersendiri kepada dirinya apabila berpeluang memantapkan ilmu agama.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, dia berkesempatan mengikuti kelas pengajian Al-Quran secara dalam talian bersama bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Salima Habibi dan penyanyi Heliza Helmi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia masa terluang sepanjang PKP... 7 selebriti popular lebihkan ibadah, mengaji Al-Quran!

"Sejujurnya memang jadual saya agak terjejas tapi saya percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Saya anggap PKP ini seperti rezeki untuk saya.

Siti Nordiana, Nazim Othman, Ernie Zakri dan Nabila Huda antara selebriti yang menggunakan masa PKP dengan mengaji Al-Quran.

"Sebelum ini, saya terlalu sibuk dengan kerja dan ada perkara-perkara yang saya tak dapat nak lakukan. Tapi Alhamdulillah, sepanjang PKP ini saya dapat belajar mengaji Al-Quran.

"Sekarang saya belajar dengan Salima Habibi dan Heliza Helmi. Memang dah boleh baca dan tahu alif ba ta tapi saya tetap nak belajar dari mula," katanya kepada mStar.

Penyanyi Pipiyama itu antara selebriti yang menggunakan kelapangan sepanjang PKP dengan meluangkan masa bersama ahli keluarga dan beribadat serta memantapkan bacaan Al-Quran.

Pada awalnya, kelas pengajian Al-Quran ini dimulakan oleh penyanyi nasyid, Fakhrul Unic yang mengundang beberapa selebriti menyetai program mengaji di Instagram miliknya.

Kita kena ambil secara positf, kalau PKP dilanjutkan adalah jalan yang terbaik kenalah kita ikut arahan.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Dalam pada itu, Shiha memberitahu dia akan sentiasa memberi sokongan seratus peratus kepada kerajaan sekiranya PKP terpaksa dilanjutkan demi keselamatan seluruh rakyat Malaysia.

"Bagi saya, jika PKP dilanjutkan dan apa saja yang disarankan kerajaan, saya akan sokong 100 peratus sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Kita kena ambil secara positf, kalau PKP dilanjutkan adalah jalan yang terbaik kenalah kita ikut arahan. Mungkin ada segelintir rakyat yang tertekan sebab kehilangan punca pendapatan.

"Tapi jangan risau, kerajaan pun dah berikan banyak inisiatif untuk membantu dan banyak persatuan yang turut menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain