suria

Kolaborasi dua negara, 'Tak Ada Yang Tak Bisa' beri semangat kepada mangsa Covid-19

Tak Ada Yang Tak Bisa dicipta khas untuk mangsa kemanusiaan.

PENYANYI Aweera dan Azlan Typewriter berkolaborasi dengan beberapa artis Indonesia untuk single Tak Ada Yang Tak Bisa (TAYTB) yang ditulis khas untuk mangsa pendamik Covid-19.

TAYTB ciptaan Indonesia Faizal Lubis itu berkonsepkan pop kemanusiaan, hasil usaha sama Fabis Studios dari Indonesia dan Life Records dari Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan & The Typewriter ragu-ragu nak lancarkan lagu 'Jangan Khianati Aku'

Menurut Faizal yang juga merupakan pengasas Fabis Studios, proses merakamkan vokal ahli kumpulan Aletta Stars iaitu Thia, Fikri dan Stevani, artis veteran dari Indonesia iaitu Rafli Kande dan Edo Kondologit serta vokal Aweera dan Azlan mengambil masa lima bulan.

“Proses rakaman untuk lagu Tak Ada Yang Tak Bisa (TAYTB) telah dilakukan sejak lima bulan yang lalu dengan merakamkan semua vokal ahli kumpulan Aletta Stars," ujarnya.



Penyanyi veteran Indonesia iaitu Rafli Kande dan Edo Kondologit turut menyumbangkan vokal dalam single ini.

Kumpulan Aletta Stars dianggotai oleh Thia, Fikri dan Stevani merupakan bintang baru yang digilap oleh Fabis Studio melalui pertandingan karaoke melalui aplikasi SMULE pada bulan Mac 2019.

Tambahnya, lagu ini sepatutnya menjadi single kedua dari album Aletta Stars ditukarkan konsepnya selepas perbincangan antara Faizal dan Osman Ariffin iaitu wakil Life Records Malaysia.

“Lagu Tak Ada Yang Tak Bisa (TAYTB) sepatutnya menjadi single kedua untuk album Aletta Stars. Namun, ianya ditukar kepada konsep pop kemanusiaan di mana idea menggabungkan penyanyi Malaysia dan Indonesia untuk projek ini tercetus melalui hasil perbincangan saya dan Osman," katanya.

Aweera berkata, projek ini membawa kelainan dengan kerjasama antara artis dari dua buah negara di mana dia bersama rakan artis yang lain turut berjuang membantu mangsa kemanusiaan melalui penghasilan muzik.



Aweera dan Azlan merupakan artis dari Malaysia yang berkolaborasi dalam single.

Dalam pada itu, Azlan berharap kolaborasi ini bakal menjadi pengalaman indah sepanjang masa.

“Saya dan rakan seperjuangan di Malaysia sentiasa prihatin dan berjuang untuk membantu mangsa kemanusiaan melalui muzik. Projek pop kemanusiaan ini berbeza dari yang lain, kerana adanya kerjasama artis dan muzik antara negara," kata Aweera.

“Semoga projek pop kemanusiaan hasil dari kolaborasi muzik antara negara ini menjadi kenangan terindah sepanjang masa” ujar Azlan.

Lagu ini mengisahkan semangat kemanusiaan di dalam menghadapi bencana sesuai dengan keadaan dunia yang kini berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Sebahagian daripada hasil jualan digital TAYTB akan disumbangkan kepada dana tabung Covid-19 untuk pembelian Alat Pelindung Diri (APD) untuk kakitangan perubatan yang terlibat dalam usaha membasmi pandemik Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aweera, Azlan Typewriter

Artikel Lain