suria

Lapan tahun salah! Waris betulkan tarikh lahir di Google - ”Fitnah on my birthday”

Penyanyi rap Waris berkongsi tarikh lahirnya dengan peminat.

LAPAN tahun agen pencarian Google tersalah informasi, penyanyi rap Waris berkongsi tarikh lahir sebenar kepada pengikutnya di Instagram.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 31, sambil berseloroh berkata sudah tiba masanya dia memberitahu peminatnya tentang perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah tak tahan, mereka tak reti nak respek!” - Waris mahu tukar nama kerana rasa kurang dihormati

"Google melakukan kesilapan sejak 8 tahun lepas.

"Saya rasa dah tiba masanya saya beritahu kesilapan Google berkaitan informasi tarikh lahir saya," tulisnya.



Tarikh lahir sebenar Waris adalah pada 18 Julai 1988.

Penyanyi lagu Rembau Most Wanted ini berkata ulang tahunnya jatuh pada 18 Julai dan bukan 31 Ogos seperti yang tercatat di Google.

Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan Waris, informasi berkenaan genre lagu yang dibawa juga tidak benar.

"Tarikh lahir saya ialah pada 18 Julai (esok). Saja nak beritahu, mana tahu dapat hadiah.

"Fitnah pada tarikh lahir itu. Genre pop tu memang," ujarnya.



Waris berkongsi entri lucu itu di Instagram pada Jumaat.

Entri yang mencuit hati itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi rasa lucu.

Tak kurang juga pengguna Instagram yang memberikan ucapan sempena hari lahirnya pada Sabtu.

"Google ni keliru dengan Waris lain ke?

"Tak tahu pula pop ni kena nyanyi laju macam rap... maknanya Eminem, Tupac, Joe Flizzow ni genre pop la selama ni.



Waris terkenal dengan lagu Rembau Most Wanted.

"Sama birthday la, bro. Happy birthday semoga panjang umur murah rezeki.

"Moga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan happy sentiasa di samping keluarga tercinta, Aamiin," tulis beberapa netizen.

Waris yang popular dengan lagu-lagu rap loghat Negeri Sembilan telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Waris, rap

Artikel Lain