“Saya dah tak tahan, mereka tak reti nak respek!” - Waris mahu tukar nama kerana rasa kurang dihormati

Waris kesal netizen tak hormat, ambil keputusan tukar nama komersial.

SELEPAS lapan tahun dikenali sebagai Waris, penyanyi rap Muzammil Alias mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan nama komersial itu.

Waris, 30, berkata, sepanjang menggunakan nama itu, dia berasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Waris turunkan ego, terima kerjasama dengan penyanyi baharu

"Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda yang buruk atau terlukakan hati korang semua.

"Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti menggunakan nama Waris.

Waris ambil keputusan tukar nama komersialnya.

"Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama jolobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu)," katanya.

Waris mendedahkan perkara itu menerusi sebuah video berdurasi satu minit yang dimuat naik di laman sosial pada malam Rabu.

Tambah Waris, dia turut meminta pendapat pengikut di media sosial untuk menyumbangkan idea bagi nama baharu yang sesuai untuk digunakan.

"Kalau korang ada idea nama apa yang patut saya tukar, boleh komen.

Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama jolobak ko jolobu.

Waris

Penyanyi Rap

"Saya dah tak nak orang panggil saya dengan gelaran Waris, Jolobak ko Jolobu, pun saya tak mahu," ujarnya.

Rata-rata netizen menasihatkan penyanyi lagu Gadis Jolobu itu untuk mengekalkan nama komersialnya menerusi ruangan komen.

"Lah nama Waris ok da tu... Kenapa pula nak tukar.

"Tak payah tukar nama tu... guna saja nama Waris tu. Sebab nama Waris tu la ada lagu loghat negeri sembilan yang melonjakkan nama Waris dalam industri seni ni," komen beberapa netizen.

 

Waris

Artikel Berkaitan

Artikel Lain