Kongsi foto bersama kanak-kanak hidap kanser, Chef Wan dituduh tak sensitif - “Pleaselah... saya tak gila publisiti murahan untuk jadi famous” - Hiburan | mStar

Kongsi foto bersama kanak-kanak hidap kanser, Chef Wan dituduh tak sensitif - “Pleaselah... saya tak gila publisiti murahan untuk jadi famous”

Chef Wan kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

TUKANG masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berang dengan tindakan seorang wanita yang mendakwa kononnya dia tidak sensitif terhadap nasib kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan.

Menurut Chef Wan, niatnya berkongsi gambar bersama kanak-kanak itu adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut laman sosialnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Perang’ food review: Chef Wan kata “saya pun tak berani kritik kasar”, Chef Fazley nasihat peniaga tak putus asa

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan mohon maaf mahu tampar Najib

"Seorang follower ada menghantar DM malam tadi, bebel kononnya saya tak patut post gambar anak-anak yang sakit di Instagram kononnya tak sensitif dengan nasib mereka.

Antara foto yang dipercayai mengundang rasa kurang senang netizen.

"Manusia ini ada segelintirnya jika nak cari kesilapan orang lain dan tidak berlapang dada akan ingat yang bukan-bukan. Kenapa dia tak nampak apa yang kami lakukan sebenarnya adalah suatu kebaikan yang ikhlas dan mampu membuatkan mereka semua tersenyum.

"Sesibuk mana pun, kami mampu untuk mengumpul sumbangan, beli barang permainan, luangkan masa bermesra dengan anak-anak, ibu bapa dan doktor, walaupun terpaksa skipped lunch," tulisnya.

Chef selebriti terkenal itu meluahkan rasa kecewa menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Khamis.

Selain itu, Chef Wan turut menafikan tuduhan dia melakukan perkara itu semata-mata untuk meraih populariti.

Pleaselah saya tak gila pun dengan publisiti murahan untuk jadi famous!

CHEF WAN

Tukang masak terkenal

Menurutnya, dia berbuat demikian untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

"Tak ada langsung niat di hati nak gunakan anak-anak itu untuk buat diri nampak baik atau glamor malah mereka semua teruja bila saya beritahu yang saya akan post gambar-gambar yang saya ambil sebagai perkongsian rasa sedih dan sunyi mereka di hospital.

"Jika kita tak mampu melakukan ini semua pun janganlah pandang serong pada kami. Kemunculan kami sebagai selebriti ke hospital adalah untuk menceriakan pesakit-pesakit semua.

Chef Wan meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang menuduhnya tidak sensitif.

"Kami nak mereka tahu yang lebih ramai orang di luar sana yang prihatin terhadap penderitaan dialami mereka. Pleaselah saya tak gila pun dengan publisiti murahan untuk jadi famous! Hanya Allah yang tahu isi hati saya," ujarnya.

Terdahulu, Chef Wan memuat naik beberapa keping gambar kanak-kanak ketika berkunjung ke wad kanak-kanak sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu.

Posting yang memaparkan keadaan kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit termasuk kanser dan lukimia di wad itu mengundang rasa kurang senang netizen yang dianggap sebagai tidak sensitif.

Chef Wan , kanser

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain