“Saya tak propa!” - Zizie Ezette buktikan beli baju anak RM10 di pasar raya

Zizie bijak berbelanja demi persekolahan anak-anaknya.

PELAKON Datin Seri Zizie Ezette membuktikan dia membeli baju anak-anaknya yang hanya berharga RM10 di sebuah pasar raya.

Zizie, 41, berkata, apa yang dikongsikan menerusi laman sosial berkaitan pakaian anak-anaknya adalah benar dan tidak direka-reka.

ARTIKEL BERKAITAN: Habis pantang, Zizie Ezette kongsi wajah dan nama anak perempuannya

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak fasal saya pengsan nanti” - Ibu Zizie Ezette tak tahu anak ditahan SPRM

"So guys, saya hanya ingin berkongsi dengan anda kedai murah yang saya belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai dalam posting-posting saya sebelum ini.

"Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang pakai baju RM10" ujarnya di Instagram pada Khamis.

Zizie berkongsi kedai yang menjual baju kanak-kanak berharga RM10.

Zizie berkata demikian selepas perkongsiannya mengenai baju yang dipakai anak-anaknya dibeli dengan harga RM10 mendapat perhatian netizen.

Menurut Zizie, keadaan ekonomi yang kurang baik serta tanggungan yang semakin besar membuatkan dia perlu bijak berbelanja.

Dia perlu berjimat cermat untuk perkara yang lebih penting terutama untuk hal persekolahan anak-anaknya.

"Biarpun baju tak mahal, tiada brand sekalipun, janji nampak rapi dan kemas.

"Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli jika cantik. Anak-anak cepat membesar dan ekonomi sekarang kurang baik, lebih baik berjimat untuk persekolahan mereka," ujarnya.

Rata-ratanya bersetuju dan memuji sikap randah diri isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Moktar Radin.

Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Bung Mokhtar pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 dan seorang bayi perempuan pada 1 Mac lalu.

Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat berusia tiga dan satu tahun.

Zizie Ezette

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik