suria

“Seronok tengok ramai mula tutup dada” - Faezah Elai syukur jadi ikutan tudung labuh, tapi harap peniaga tak tipu pelanggan

Faezah Elai berkata dia tidak pernah mengeluarkan tudung jenama sendiri.

PENAMPILAN pelakon Faezah Elai bertudung labuh dipuji netizen dan menjadi inspirasi ramai sehinggakan ada yang berminat mengenakan gaya yang sama.

Namun dalam masa sama, Faezah menyedari ada beberapa pihak mengeluarkan koleksi tudung menggunakan namanya tanpa kebenaran.

Bimbang ada yang menjadi mangsa penipuan, Faezah memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang jenama tudung dan terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini setelah menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada orang ramai di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Faezah Elai terharu penampilan tudung labuh dalam drama jadi ikutan

"Saya bersyukur apabila ada orang kata, ramai bertudung labuh selepas tengok saya pakai! Jadi ramai yang keluarkan tudung style ala-ala Faezah Elai.

"Saya sedar ada beberapa pihak menggunakan nama saya untuk jual tudung anda, saya diam sebab seronok melihat ramai mula menutup dada mereka.



Faezah Elai berkata dia tidak pernah mengeluarkan tudung jenama sendiri.

"Tapi disebabkan ramai sangat DM cheq (saya) tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai... saya nak beritahu, saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu," katanya menerusi Instagram.

Sementara itu isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ini berkata dia turut menerima pelbagai aduan mengenai penipuan tudung yang dibeli oleh pelanggan.

Justeru, dia meminta mana-mana peniaga tudung tidak menggunakan namanya secara langsung kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan kepada pembeli.

Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah!

FAEZAH ELAI

PELAKON

"Ramai yang complain kata kena tipu, beli yang tak original... ada yang tanya macam mana nak tahu original atau palsu.

"Cuma untuk penjual, kalau hangpa (anda) nak buat tudung macam saya pakai pun beritahulah tudung inspirasi Faezah Elai ke, tudung ala-ala Faezah Elai ke! Janganlah hangpa letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun... kasihan orang kena tipu.



Faezah bersyukur ramai bertudung labuh dan menjadikan penampilannya itu sebagai ikutan.

"Jadi kalau boleh tolong beritahu kawan-kawan yang beli 'tudung Faezah Elai' tu supaya mereka tak kata saya ni menipu sebab saya tak ada bisnes tudung... kalau ada saya sendiri akan beritahu," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini meluahkan rasa syukur kerana penampilannya itu menjadi ikutan dan contoh kepada individu lain.

"Jika sebab Faezah Elai ramai yang bertudung labuh, cheq sangat bersyukur padamu Ya Allah... Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah kita menang... sama-sama kita istiqamah.

"Cheq memang pakai tudung labuh ni sebab nak pakai, bukan nak jual... jadi kat sini tak kisahlah hangpa nak pakai jenama apa pun, asalkan menutup dada pun dah Alhamdulillah.

"Maaf terpaksa naikkan hal ini sebab macam parah nak jadi barah dah. Tapi apa pun terima kasih untuk anda yang buat keputusan labuhkan tudung lepas tengok cheq pakai, jom kita terus istiqamah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Faezah Elai

Artikel Berkaitan

Artikel Lain