Ardell Aryana alami pendarahan teruk selepas bersalin - “Umi muntah sampai pengsan, turun darah banyak”

Keadaan Ardell sangat lemah selepas melahirkan cahaya mata pertama.

PELAKON Ardell Aryana mengalami pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan dia muntah tanpa henti selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Jumaat lalu.

Perkara itu dikongsikan di laman sosial milik anak mereka @babyahwardell yang dipercayai ditulis oleh suaminya pelakon Nadzmi Adhwa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa bergelar bapa, Ardell selamat bersalin selepas 16 jam menahan sakit - “Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu!”

"Hari ke-3 baru dapat merasa dalam dakapan umi. Selepas saja selamat melahirkan saya, umi muntah terus pengsan sampai keesokkan harinya.



Perkara itu dikongsikan menerusi akaun Instagram yang dicipta untuk anak pertama Ardell dan Nadzmi.

"Umi cuba bangun, jururawat mandikan umi muntah lagi kemudian umi pengsan terus dalam tandas sebab umi turun banyak darah tapi umi tetap juga kuat.

"Alhamdulillah hari ini (Ahad) umi saya dah semakin kuat, tak pengsan lagi. Dapat duduk dalam dakapan umi sekejap semalam dan pagi tadi. Semoga cepat sembuh umi. Baby dan abie doakan," katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Ardell cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.



Ardell dan Nadzmi sambut kelahiran bayi sulung mereka pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata sulung selepas isterinya itu bertarung kesakitan selama 16 jam.

Bagaimanapun, sehingga kini, pasangan tersebut masih merahsiakan jantina bayi pertama mereka.

Ardell dan Nadzmi berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa,

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain