Ruhainies tiada masalah patuhi SOP jurusolek di set penggambaran - “Dah biasa mekap sendiri dari rumah”

Ruhainies sanggup bawa peralatan mekap sendiri bagi memastikan kepatuhan SOP semasa di set penggambaran.

KEPUTUSAN kerajaan membenarkan industri filem dan drama meneruskan penggambaran bermula Rabu depan disambut baik penggiat seni termasuklah pelakon Ruhainies.

Meskipun terpaksa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat antaranya mengenai solekan, ia bukan penghalang buat Ruhainies meneruskan penggambaran drama lakonannya yang tertangguh hampir tiga bulan.

Mengulas mengenai SOP khusus untuk solekan dan dandanan di lokasi penggambaran, Ruhainies berkata dia sudah terbiasa menggunakan peralatan mekap sendiri untuk menata rias wajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendandan di lokasi penggambaran tak sama dengan tukang gunting rambut, alat mekap dikhususkan untuk seorang artis sahaja - Ismail

"SOP mengenai solekan itu bagi saya tidak terlalu berat kerana sejak dahulu saya dah biasa mekap sendiri sebelum ke set penggambaran, cuma jika perlu solekan kesan khas barulah menggunakan khidmat jurusolek.

"Jadi apabila kerajaan tetapkan syarat-syarat ini, saya tak rasa ia sesuatu yang membebankan kerana dah terbiasa sejak dahulu. Malah, alat solek yang saya gunakan seperti berus dan alatan untuk dandanan rambut pun memang saya bawa sendiri dari rumah.



Ruhainies sudah biasa guna alatan solek miliknya sendiri.

"Cumanya dalam situasi sekarang ini kita kena lebih berjaga-jagalah... jadi saya akan teruskan amalan mekap asas siap-siap sebelum ke lokasi dan kalau perlu touch up daripada jurusolek, mereka boleh guna peralatan saya sendiri," katanya kepada mStar.

Pada Rabu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mengenai SOP khusus buat pendandan rambut dan jurusolek yang perlu menatarias pelakon di lokasi penggambaran.

Kami sudah dimaklumkan mengenai langkah-langkah perlu diambil antaranya periksa suhu badan dan pastikan sihat sebelum turun ke set shooting.

RUHAINIES

PELAKON

Antaranya jurusolek wajib memakai pelindung muka (face shield), sarung tangan selain tidak berkongsi peralatan dandanan antara pelakon.

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu dia bakal meneruskan penggambaran drama 26 episod berjudul Kanvas yang bakal bersiaran di saluran TV Okey.

Katanya, pihak produksi sudah memaklumkan mengenai SOP yang perlu dipatuhi dan mereka sudah merangka pelan terbaik untuk semua kru yang terlibat dalam penggambaran tersebut.



Ruhainies tak sabar mahu memulakan penggambaran drama yang tertangguh.

"Kami sudah dimaklumkan mengenai langkah-langkah perlu diambil antaranya periksa suhu badan dan pastikan sihat sebelum turun ke set shooting.

"Malah kru lain pun komited untuk mengikut panduan yang diberikan kerajaan, InsyaAllah semuanya akan berjalan baik serta lancar.

"Tak sabar rasanya nak masuk set semula kerana ada lagi 70 peratus yang perlu diselesaikan... kalau boleh memang nak selesai cepat kerana kita faham produser pun dah keluarkan bajet yang banyak sepanjang tempoh ini," katanya yang akan turut terbabit dengan beberapa penggambaran kempen produk jenama antarabangsa.

Selain Ruhainies selaku heroin bergandingan bersama Adam Lee, Kanvas turut menampilkan pelakon Datuk Eizlan Yusof, Ika Nabila dan Yuna Rahim.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ruhainies

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain