Rumah tangga Izzue, Awin tidak terjejas dengan cemuhan - “Dah 7 tahun orang masih mengata macam-macam”

Izzue dan Awin menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh pada Selasa lalu.

WALAUPUN perkahwinan mereka sudah memasuki tahun yang ketujuh, penyanyi Izzue Islam berkata isterinya, Awin Nurin masih menerima cemuhan daripada orang yang kurang senang dengan perkahwinan mereka.

Malah, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, berkata, parkara itu membuatkan isterinya lali dan tidak terasa hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam terima tawaran Tunku Azizah dapatkan rawatan IVF - “Baginda ikut perkembangan dan mahu bantu saya”

"Macam-macam kami lalui sepanjang berkahwin ni. Paling sedih dah tujuh tahun kahwin masih lagi ada yang cakap bukan-bukan pasal kami.

"Tapi Awin tak stres pun. Dah tujuh tahun orang mengata macam-macam pasal kami sampai dah lali dah," kata Izzue kepada mStar.



Izzue dan Awin sudah terbiasa dengan kecaman dan cemuhan orang sekeliling sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, bercakap soal cahaya mata, Izzue berkata, dia tidak ambil hati jika ada pihak yang bertanya soalan berkaitan zuriat.

Namun, pelakon itu berkata dia dan isteri menganggap ia sebagai satu doa.

"Kami suka bila orang tanya pasal anak. Sebab bila orang tanya tu maknanya orang sedang mendoakan kami juga," ujarnya.

Sementara itu, sempena ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun Izzue yang ke-30 pada Selasa, Izzue melancarkan sebuah single bertajuk Biar hasil ciptaan IIAN dan Gjie 6ixth Sense.

Kata, lagu tersebut dijadikan salah satu cara untuk mengingati ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka.

"Biar merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang menghargai cinta dan memberi semangat kepada sang pencinta untuk tidak putus asa dalam bercinta," kata Izzue.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Izzue Islam, Awin Nurin

Artikel Berkaitan

Artikel Lain