“Walaupun perit berada di tempat itu, tak perlu beritahu umum!” - Mawar Rashid tak setuju isteri buka aib suami di media sosial

Mawar Rashid menganggap isu rumahtangga tidak perlu dihebohkan di laman sosial

TERPANGGIL dengan isu berkaitan pendedahan seorang wanita tentang keburukan suami yang ketagih air ketum, pelakon Mawar Rashid tampil menyuarakan pendapatnya.

Mawar, 25, berkata, seseorang isteri seharusnya menjaga aib suami daripada diketahui umum biarpun perit untuk ditanggung.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat nak mengadu suami ‘kantoi’ ketagih ketum selepas kahwin tak kesampaian, si isteri ditegur sebar aib di media sosial - “Kita yang pilih sendiri...”

"Selagi kita jaga aib orang, insyaAllah aib kita pun akan terjaga. Walaupun perit berada kat tempat tu, tak perlu bagitahu di tempat umum. Settle sendiri.

"Kasihan anak-anak kalau ada anak nanti. Bye bye je lah. Lama-lama pun akan lupa juga. Awal-awal kena memang sakit hati. Be strong, girl," katanya di ruangan komen Instagram mStar.

Tangkapan skrin undian Mawar Rashid berkenaan isu ketum.

Dalam pada itu, Mawar turut membuat undian di laman sosialnya sama ada pengikutnya bersetuju atau tidak dengan pendapat yang diutarakan berkaitan isu tersebut.

Malah, keputusan undian menunjukkan rata-rata netizen setuju dengan kenyataan selebriti itu.

Dalam pada itu, segelintir netizen memberi pendapat laman sosial bukanlah medium yang tepat untuk meluahkan masalah peribadi.

"Banyak lagi saluran yang betul untuk laporkan. Kalau luah di media sosial apa yang dapat? Dapat kecaman,"

"Setiap jalan hidup itu ada sebab musabab dia. Jangan sesekali sebarkan aib sebab kena ingat, perbuatan baik takkan dikenang perbuatan jahat sampai mati orang ingat," ujar netizen.

Perkongsian ringkas wanita itu dibuat melalui Facebook Saya Anak Perlis pada Sabtu dan mendapat perhatian lebih 2,000 pelayar Facebook.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain