suria

Zulin Aziz tak berani ulas tawaran belakon Kollywood, takut kena 'scam' - “Bukan nak bangga tapi rasa lucu”

Zulin beranggapan tawaran itu bagus untuk portfolionya dalam bidang seni

WALAUPUN sering berkongsi video parodi filem Bollywood, Zulin Aziz terkejut apabila tawaran berlakon filem Tamil.

Zulin berkata, dia menjelaskan dia berkongsi berita itu di laman sosial bukan bertujuan untuk menghebohkan sebaliknya berasa lucu dan tidak percaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita pun boleh bantu mereka” - Zulin Aziz ambil jalan tengah, seru artis berkemampuan hulur sumbangan

"Nombor tu pun nombor dari India, mereka hubungi pihak pengurusan saya untuk minta emel tapi belum ada apa-apa perancangan lagi.



Tangkapan skrin pesanan WhatsApp yang diterima pihak pengurusan Zulin Aziz.

"Tujuan saya share screenshot itu di Instagram bukan untuk hebohkan pada orang yang saya dapat tawaran dari pihak produksi India.

"Saya cuma nak kongsi perasaan geli hati bila saya selalu buat parody filem-filem Bollywood, tiba-tiba dapat tawaran untuk membintangi filem Kollywood," jelas Zulin.

Bagaimanapun, Zulin tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana dia belum pasti tentang kesahihan tawaran serta kewujudan pihak produksi itu.

"Tapi, saya juga tak mahu komen lebih-lebih kerana saya sendiri belum tahu kesahihan tawaran atau kewujudan pihak produksi itu sendiri.

"Saya tidak berniat untuk membangga diri dan tak mahu orang salah faham kerana jika tawaran itu tak sahih, saya hanya akan memalukan diri sendiri," katanya.

Di samping itu, Zulin tidak menafikan tawaran itu bagus untuk kariernya dalam bidang hiburan dan percaya industri Kollywood boleh membawanya lebih dekat dengan penonton berbangsa India.

Salah satu video parodi Zulin pernah mendapat perhatian pelakon terkenal Bollywood Arjun Rampal di Twitter.

"Tapi, saya tak nafikan tawaran itu bagus untuk portfolio saya sebagai seorang anak seni.

"Ada kelebihan untuk saya jika saya terlibat dengan industri Kollywood kerana filem-filem Tamil lebih dekat dengan penonton berbangsa India di Malaysia.

"Jadi, dari situ saya percaya bakat saya dapat didedahkan lagi kepada penonton berbangsa India di Malaysia," ujar pengacara popular itu.

Video-video parodi Bollywood Zulin Aziz sering tular dan salah satunya pernah mendapat perhatian pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Zulin Aziz, Kollywood

Artikel Lain