suria

Iesya Toh ingat pesanan Farit Ismeth Emir - “Kita kat RTM kena buat 'trademark' supaya orang kenal”

Iesya sedih dengan pemergiaan Farit

PEMERGIAN penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Farit Ismeth Emir meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada pagi Isnin memberi kesan kepada pengacara Iesya Toh.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 37, berkata sifat arwah seorang yang gemar berkongsi ilmu dan peramah membuatkan dirinya sentiasa dihormati serta disayangi warga RTM.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyampai berita RTM Farit Ismeth Emir meninggal dunia

Malah, arwah turut menghadiri majlis resepsi bekas pengacara program Selamat Pagi Malaysia (SPM) ini dengan pasangannya, Huzairee Mohammad yang diadakan di Padang Angkasapuri, RTM.

“Arwah seorang yang sangat baik dan tak lokek ilmu. Setiap kali kalau terjumpa, pasti arwah akan tegur dan kami semua hormat serta sayang Pak Ngah... sayang sangat.



Farit meninggal dunia akibat kansert paru-paru.

“Dulu dia pesan, kita kat RTM kena buat trademark supaya orang kenal. Arwah kata orang dah kenal saya dengan Selamat Pagi Malaysia, jadi teruskan.

“Bila saya dah tak bersama SPM, Pak Ngah sedih sebab makin ramai personaliti RTM ‘keluar’ dari stesen TV paling lama di Malaysia ini. Saya kahwin pun jemput Pak Ngah.

“Dia pernah cakap, pertama kali personaliti RTM kahwin di RTM macam ini. Dia selalu nasihatkan saya untuk terus dalam bidang pengacaraan, ” kata Iesya kepada mStar.

Allahyarham Farit Ismeth Emir, 66, disahkan meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Pengurus kepada DJ Fuzz iaitu Mia ketika dihubungi mStar turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi Isnin.

Dia selalu nasihatkan saya untuk terus dalam bidang pengacaraan

IESYA TOH

PENGACARA

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan segmen Berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.

Antara kelainan ketika Allahyarham menyampaikan berita apabila beliau turut menyelitkan mutiara kata sebelum segmen itu berakhir.

Suara Allahyarham juga pernah digunakan untuk sebuah iklan rokok suatu masa dahulu iaitu 'Gaya Mutu Keunggulan'.

Beliau memiliki tujuh orang cahaya mata.

Antara rakan penyampai berita seangkatan Allahyarham ialah Salasiah Zakaria, Harjit Singh Hullon dan Mary Anne.

Iesya Toh, Farit Ismeth Emir,

Artikel Lain