suria

“Persembahan macam baru keluar toilet” - Ayda Jebat tak malu mengaku tersingkir awal ketika sertai AF9

Ayda mengaku persembahannya yang kurang memberangsangkan menyebabkan dia terkeluar awal dari program itu.

SEMBILAN tahun lalu mungkin ramai tidak mengetahui bakat Ayda Jebat mula dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-9 pada tahun 2011.

Namun kata Ayda, dia tidak bertahan lama dalam program mencari bakat nyanyian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “I said yes!” - Ayda Jebat tayang cincin, terima lamaran Nabil Mahir

"Dekat Twitter ramai yang tanya 'betul ke Ayda Jebat daripada AF?, awal sangat ke dia terkeluar sebab tak tau pun dia masuk AF?'.

Ayda Jebat pernah jadi peserta AF.

"Ya. Akademi Fantasia musim ke-9, pada tahun 2011. Dikeluarkan sebab persembahan macam baru keluar toilet, biasa-biasa saja.

"Dulu apabila keluar lagu Menuju Puncak mesti rasa nak terkencing, takut terkeluar," katanya di Instagram.

Ayda turut berkongsi sebuah video ketika dia terlibat dalam program berkenaan.

Bercerita lanjut mengenai perjalanan kariernya dalam industri hiburan, Ayda tetap bersyukur walaupun tersingkir lebih awal kerana perkara itu mengajarnya untuk lebih berusaha.

"Tapi ternyata apa yang Allah atur tu tepat. Yang pasti buat kamu... pasti untuk kamu. Jangan berhenti usaha.

Ayda menjadi peserta AF musim ke-9.

"Terkeluar dan kalah awal, daripada bawah kita belajar dan kekal tanpa disangkal," ujarnya.

Pelbagai reaksi yang diberikan netizen di ruangan komen, dan rata-ratanya mereka bangga dengan pencapaian Ayda.

"Saya bangga dengan awak.

"Rezeki awak murah sampai sekarang, kecundang awal tapi kekal sehingga kini.

"Saya harap lepas ni lebih maju ke depan, awak memang berbakat," kata beberapa netizen.

Ayda Jebat

Artikel Lain