suria

Sharifah Zarina mimpi hari kiamat, mohon maaf jika ada tersinggung hati

Zarina buat permohonan maaf jika menyinggung hati mana-mana pihak.

GARA-GARA menggelar netizen sebagai kurang pendidikan, penyanyi Sharifah Zarina menerima kecaman hebat di laman sosial.

Enggan memanjangkan isu tersebut, Zarina membuat permohonan maaf kerana bimbang menyinggung hati mana-mana pihak.

Tambahnya, dia juga didatangi mimpi mengenai hari kiamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gila blue tick! Sharifah Zarina terkilan pelakon ‘extra’ minta jual Instagram - “Baik kau spend dekat skincare adik...!”

"Dengan rendah diri dan ikhlas, saya mohon maaf jika menyinggung perasaan sesiapa sahaja. Ajal tak tahu sampai bila. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

"Semalam mimpi nampak kiamat. Itu yang terus buat kenyataan ini. Kalau anda fikir tentang huru-hara isu tu (perang artis dan netizen), memang bukanlah! I don't bother!

Netizen berang dengan komen Zarina dan dia membuat permohonan maaf di Instagram.

"Tak campurlah urusan itu, harap kita jumpa dekat akhirat dan dapat kita bermaaf-maafan," jawab Zarina pada salah satu komen netizen.

Sebelum itu, penyanyi lagu Langit Ke 7 ini menerima kecaman hebat berikutan salah satu komen yang ditulis di status Facebook.

"Scroll je Facebook semua cerita kutuk artis. Tapi yang kutuk tu kebanyakan yang kg.com yang sekolah tak siap. 

"Macam mana tahu? Baca dari cara penulisannya melambangkan tahap mentalitinya," tulis Zarina.

Zarina jawab komen pengikut mimpi nampak kejadian pada hari kiamat.

Komen yang ditinggalkan Zarina itu menimbulkan rasa kurang senang netizen dan mula menyerang Instagram miliknya.

"Sanggup kau cakap netizen ni kampung.com? Bagi kau semua orang di kampung mentaliti rendah ya? Kau ni lahir terus kaya tinggal di bandar ke?

"Yang kg.com ni la selalunya sokong artis Malaysia. Tapi korang tak hargai, lagi pandang rendah adalah... Fake!

"Baguslah minta maaf, belajar dari kesilapan, jangan terlalu terbang tinggi, sesekali terbang sederhana, yang di bawah penguat segalanya," komen netizen.

Sharifah Zarina

Artikel Berkaitan

Artikel Lain