Minta duit nak main Forex, Man Raja Lawak istighfar panjang - “Astaghfirullahalazim... mesej merapu minta beli rokok pun ada”

Man Raja Lawak tawar motosikal kuasa tingginya untuk dijual.

KETIKA pelawak Man Raja Lawak mula mengagihkan sumbangan peribadi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Cerita Man atau Abd Rahman Kasim, dia berhadapan dengan pelbagai ragam manusia termasuk yang mahu mendapatkan sumbangan bagi tujuan pelaburan tukaran wang asing atau Forex.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak perlu jual nasi lemak tepi jalan untuk raih simpati" - Pelawak komen nasib kurang 'job'

"Jenuh juga nak balas mesej permintaan orang ramai. Tambah pula ada orang sebarkan nombor telefon saya.

"Ada yang mesej di DM (direct massage Instagram) dan WhatsApp maki hamun sebab saya lambat balas.

Kenderaan mewah yang ingin dijual Man.

"Itu tak termasuk lagi yang DM suruh promo produk, DM merapu minta beli rokok, nak masuk Forex... Astaghfirullahalazim," kata Man.

Sebelum ini Man mengumumkan untuk memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 kepada orang ramai termasuk golongan artis yang memerlukan.

Usaha murni itu mula digerakkan selepas ramai golongan artis menyuarakan kisah sedih masing-masing kerana kehilangan punca pendapatan apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas tiga hari, Man sudah menyalurkan sebanyak RM13,000 kepada kira-kira 50 penerima yang dipilih secara rawak berdasarkan keperluan masing-masing.

Tambah Man, dia tidak memperuntukkan jumlah tetap bagi setiap sumbangan.

Niat murni Man dapat pujian ramai.

"Golongan artis yang kenal dan rapat saya bagi lebih.

"Tapi ada juga peminat yang minta duit untuk bayar sewa sampai RM2,000. Kalau macam tu saya tengok keperluan orang lain dulu.

"Kalau yang minta RM100 nak beli beras, minyak... saya bagi RM200," katanya.

Tiada syarat khusus ditetapkan namun ia bergantung kepada rezeki dan keperluan setiap orang.

MAN RAJA LAWAK

Menurut Man tiada syarat khusus ditetapkan namun ia bergantung kepada rezeki dan keperluan setiap orang.

"Saya mahu orang mesej di Instagram supaya saya boleh menilai profil dan cara hidup.

"Takut juga ada scammer yang ambil kesempatan, ini juga akan ambil masa," katanya.

Man Raja Lawak, Covid-19

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain