Tasha Shilla bergelar isteri Muhammad Atiq, bakal pindah ke Singapura - Hiburan | mStar

Tasha Shilla bergelar isteri Muhammad Atiq, bakal pindah ke Singapura

Tasha akan mengikut suaminya ke Singapura.

PELAKON Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, 33, dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni pada pukul 9.59 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia memang jodoh saya... inilah cinta sejati!” - Tasha Shilla bertunang selepas dua bulan berkenalan

Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM800, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Tasha selamat bergelar isteri Muhammad Atiq.

Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.

Manakala, majlis resepsi dijangka akan diadakan pada petang Jumaat.

Sementara itu, Tasha memberitahu dia tidak menghebahkan niat untuk mendirikan rumah tangga pada umum kerana berasakan ia terlalu peribadi.

Pelakon ini turut memberitahu akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana.

Dengan sekali lafaz Muhammad Atiq bergelar suami Tasha.

Pada Ahad lalu, pasangan ini mengikat tali pertunangan setelah dua bulan berkenalan.

Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu.

“Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang... inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan,” ujarnya.

Tasha Shilla

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain