“Anak saya dah pergi... macam mana kehidupan saya selepas ini” - Ibu Abam - Hiburan | mStar

“Anak saya dah pergi... macam mana kehidupan saya selepas ini” - Ibu Abam

Ali bersama ibunya Sabariah di majlis tahlil arwah Abam malam Khamis.

MESKIPUN kisah anaknya Ali Puteh dan menantu, Nor Hidayah hangat diperkatakan netizen, ibu kepada arwah Abam iaitu Sabariah Arshad memilih untuk tidak memikirkan konflik yang terjadi.

Menurut Sabariah, dia tidak ambil pusing dengan kontroversi tersebut kerana itu merupakan keputusan Hidayah untuk keluar dari rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam dedah kereta ditarik, tidak dapat harta peninggalan... Aliff Syukri dituduh punca pecah belah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” - Ali Puteh

“Saya tahu apa yang berlaku, Ali ada cerita semuanya, tapi saya malas nak fikir, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Ikut dialah nak keluar ke, tak nak keluar ke... saya tak ada nak cakap apa, saya tak hirau tentang tu!

Sabariah terkilan dengan konflik antara Ali dan Nor Hidayah.

“Saya fikir anak saya yang sudah pergi sahaja. Macam mana kehidupan saya selepas ini, saya fikir tentang itu!,” katanya kepada mStar.

Sabariah berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Tahlil anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, Sabariah mengakui tidak berhubung dengan menantunya itu setelah pemergian Abam.

Saya fikir anak saya yang sudah pergi macam mana kehidupan saya selepas ini.

SABARIAH

IBU ARWAH ABAM

Ini kerana dia tidak menyimpan nombor telefon Hidayah.

"Dia tak ada nombor telefon saya, saya pun tak simpan nombor telefon dia. Saya hanya tahu nombor yang sudah disimpan dalam telefon.

"Yang ada dalam telefon ni nombor anak-anak sahaja. Saya pun bukan pandai membaca dan buta huruf ," katanya.

Gambar kenangan Allahyarham Abam bersama isteri dan ibunya.

Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian ramai selepas usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temubual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara langsung di laman Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka yang ditinggalkan Abam.

Situasi tersebut mencetuskan perbalahan dua keluarga.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Nor Hidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia sembilan bulan.

Abam Bocey , Ali Puteh , Nor Hidayah

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain