Siti Sarah prihatin, hulur sumbangan kepada wartawan - “Kalau Agong boleh buat kenapa tidak saya” - Hiburan | mStar

Siti Sarah prihatin, hulur sumbangan kepada wartawan - “Kalau Agong boleh buat kenapa tidak saya”

Sarah bertemu wartawan bertugas di pintu masuk Istana Negara.

KEPRIHATINAN ramai pihak terhadap pengamal media yang sanggup berpanas demi melaporkan berita mengenai isu politik semasa membuka mata banyak pengusaha produk yang sanggup turun padang menghulurkan sumbangan kepada mereka.

Ini termasuklah penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang turut sama meluangkan masa bertemu media di perkarangan pintu masuk Istana Negara pada Khamis.

Menurut Sarah, dia terpanggil untuk turun padang kerana menghargai kesusahan dan kesungguhan para wartawan yang bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah minta netizen sekat IG jika meluat “Jangan biarkan diri sendiri terseksa tengok orang lain”

"Saya tabik dengan semangat kerja yang ditunjukkan rakan-rakan media lelaki dan perempuan yang komited serta tidak berganjak di kawasan tugasan.

"Jujurnya, bukan mudah apa yang mereka lalui demi amanah dan tugas yang digalas. Wajar kita menghargai mereka.

Sarah bertemu wartawan bertugas.

"Saya sendiri yang memang mahu turun dan lihat situasi yang dilalui oleh rakan media yang memang rakan-rakan saya sendiri," katanya.

Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini turut berkongsi momen menarik ketika dia berada di sekitar lokasi dan memuat naik menerusi Instastory.

Dalam kunjungannya itu, penyanyi lagu Semakin itu membawa bersama minuman Bubble Bee dan Stik Madu diedarkan kepada rakan-rakan media, orang ramai dan anggota keselamatan.

Sarah bergambar dengan anggota keselamatan bertugas.

Mencontohi sifat pemurah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sarah berkata dia terpanggil untuk membuat sedikit amal kepada mereka yang gigih bertugas demi negara.

Dia turut mendoakan semoga rakyat di negara ini terus hidup aman dan harmoni selama-lamanya.

"Ia satu pengalaman baharu untuk saya dan menyedarkan bahawa setiap pekerjaan bukan mudah. Saya juga hanya menghulurkan sedikit sumbangan kecil dan kalau Agong boleh buat kenapa tidak saya"

"Kita kena hargai setiap apa sahaja pekerjaan orang lain dan dalam masa sama saya mendoakan semoga hidup kita semua aman dan damai sentiasa," katanya.

Siti Sarah , Shuib

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain