Luahan hati ibu Ashraf Sinclair, terima kenyataan anak meninggal dunia - “Terima kasih kerana berkongsi kesedihan dengan kami” - Hiburan | mStar

Luahan hati ibu Ashraf Sinclair, terima kenyataan anak meninggal dunia - “Terima kasih kerana berkongsi kesedihan dengan kami”

Ibu Ashraf reda dengan pemergian anak sulungnya itu.

SELEPAS empat hari pemergian pelakon Ashraf Sinclair, ibunya iaitu Khadijah Abdul Rahman berkongsi luahan perasaannya di Instagram pada Jumaat.

Khadijah yang menggunakan akaun bernama Dida Sinclair memberitahu sukar buatnya untuk menggambarkan perasaan selepas kematian anak sulungnya itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

Bagaimanapun, dia reda menerima takdir yang sudah tertulis dan mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan arwah.

Khadijah meluahkan perasaannya di Instagram.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan! Kata-kata sangat berat dan sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang!

"Tapi saya perlu sampaikan bagi pihak anak saya, Ashraf, terima kasih kepada semua orang di seluruh dunia yang berkongsi kesedihan kami dan merasakan kesakitan dengan kami pada pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

"Allah SWT mempunyai perancangan untuk arwah dan kami rendah hati menerimanya walaupun ia sangat sukar tapi semoga hidupnya menjadi yang terbaik selama 40 tahun hidup di bumi," katanya.

Kata-kata sangat berat dan sukar untuk menggambarkan apa yang saya rasakan sekarang!

KHADIJAH ABDUL RAHMAN

IBU ASHRAF SINCLAIR

Khadijah berkongsi luahannya itu di ruang komen foto terbaharunya di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lebih lanjut gagal selepas ibu Allahyarham Ashraf tidak membalas mesej dan panggilan telefon.

Rata-rata netizen mengucapkan takziah, mendoakan arwah dan berharap Khadijah sekeluarga tabah menghadapi dugaan itu.

Foto kenangan arwah Ashraf bersama keluarganya.

Pada Selasa lalu, berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu Allahyarham Ashraf menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia di Jakarta akibat serangan jantung.

Ibu dan bapa Ashraf, Mohamad Anthony John Sinclair tiba di rumah duka di kawasan Pejaten Barat, Jakarta Selatan kira-kira pukul 1.03 petang waktu tempatan pada hari yang sama.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang juga penyanyi Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10.

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain