Sehari meninggal dunia, kediaman Ashraf Sinclair masih dihadiri tetamu dan jadi tumpuan media - Hiburan | mStar

Sehari meninggal dunia, kediaman Ashraf Sinclair masih dihadiri tetamu dan jadi tumpuan media

Kediaman BCL dan Ashraf terus menjadi tumpuan media.

SEHARI selepas pemergian pelakon Ashraf Sinclair, kediamannya yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia masih lagi menjadi tumpuan media tempatan.

Suasana sekitar kediaman Ashraf dan Bunga Citra Lestari (BCL) itu tenang dan kelihatan beberapa buah kereta diparkir di dalam kawasan banglo berkenaan.

Seorang wanita yang dipercayai ibu kepada Bunga iaitu Emmy Syarif menyapa wartawan yang setia menanti di luar kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruntung pergi dalam tidur, kami masih tak percaya!” - Rakan artis, peminat banjiri Instagram Ashraf Sinclair 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah duka Ashraf Sinclair dinaikkan bendera kuning, belum putuskan lokasi pengebumian 

Wanita itu memberitahu mereka sedang bersiap untuk menziarahi pusara Allahyarham Ashraf yang terletak di San Diego Hills.

Adik Allahyarham, Adam Sinclair yang juga merupakan suami kepada penyanyi Yuna turut kelihatan.

"Ya mahu ziarah bersama keluarganya Ashraf yang baru tiba dari Kuala Lumpur," katanya ringkas.

Turut kelihatan adik Allahyarham iaitu Adam Sinclair yang juga suami penyanyi Yuna berada di kawasan kediaman itu.

Dalam rakaman yang lain, kelihatan beberapa kalungan bunga yang dihantar oleh kenalan dan sahabat Allahyarham.

Kiriman karangan bunga daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Ini termasuklah ucapan duka yang dikirim oleh pembesar negara iaitu Presiden Indonesia, Joko Widodo.

"Turut berdukacita atas wafatnya Ashraf Daniel Mohamed Sinclair. Dari Presiden Joko Widodo dan keluarga," tulis pada karangan bunga itu.

Video suasana sekitar kediaman BCL itu dikongsi oleh akaun Youtube Beepdo.

Perkongsian Yuna di Twitter pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Yuna turut berkongsi status di laman Twitter memberitahu dia dan suami sudah berada di Jakarta bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ashraf.

Pada Selasa lalu, Ashraf, 41, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung.

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh ibu allahyarham, Khadijah Abdul Rahman menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain